Artikel

SoftBank Mahu Apungkan Syarikat Arm Selepas Rundingan Ambil Alih $66 Bilion Oleh Nvidia Gagal

Anda mungkin tak pernah dengar tentang Arm. Hakikatnya pemproses dan seni bina Arm banyak digunakan dalam peranti yang kita gunakan seharian seperti telefon pintar, tablet, pemain multimedia, dan peranti mudah alih lain.

ARM confirms processor flaw impacts some Android, iOS, Nvidia, and Sony  devices | VentureBeat
Kredit: VentureBeat

Arm telah diasaskan di Cambridge pada tahun 1990 sebagai usaha sama antara beberapa firma termasuk Apple. Syarikat ini memberi tumpuan kepada cip berkuasa rendah yang mendapat perhatian baru bermula dekad yang lalu berikutan peningkatan permintaan telefon pintar. Ini kerana kecekapan pemproses menjadi lebih penting berbanding kuasa pemprosesan mentah yang unggul daripada cip yang dibuat oleh syarikat seperti Intel.

Terdahulu, Nvidia pernah menyuarakan hasrat ingin mengambil alih Arm daripada SoftBank dengan nilai rundingan $66 biliion. Hal ini sangat membimbangkan syarikat semikonduktor dan teknologi lain kerana Arm memonopoli 90% market share dalam pasaran handheld device dan IoT (Internet-of-Things). Lantaran itu, pengguna mungkin tiada pilihan lain sebagai alternatif kepada teknologi Arm. Klik DI SINI untuk berita penuh Nvidia ingin ambil alih Arm.

Namun akhirnya rancangan Nvidia tersebut runtuh disebabkan oleh “cabaran pengawalseliaan yang ketara,” kata syarikat itu dalam siaran bersama pada hari Selasa.

Nvidia Arm Deal Is Dead: Here's What Happened
Kredit: Fossbytes

Rentetan itu, SoftBank memberitahu Arm akan bersedia untuk tawaran awam (IPO) dalam tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2023.

CEO Arm, Simon Segars telah meletak jawatan dan digantikan oleh Rene Haas serta-merta. “Rene ialah pemimpin yang tepat untuk mempercepat pertumbuhan Arm apabila syarikat itu mula membuat persiapan untuk memasuki semula pasaran awam,” kata Masayoshi Son, Ketua Pegawai Eksekutif SoftBank Group.

New ARM CEO Rene Haas steps into centre of chip industry turmoil -  TechCentral
Rene Haas. Kredit: TechCentral

Haas telah berkhidmat sebagai presiden Arm IP Products Group sejak 2017. Di bawah kepimpinannya, syarikat itu mula memberi tumpuan kepada produk untuk pasaran yang semakin berkembang seperti automotif.

Sumber: CNBC

Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US