Hakikatnya tak ada manusia yang mampu meramal masa hadapan kerana apa yang bakal terjadi semuanya adalah rahsia Tuhan.
Namun itu tak bermaksud kita hanya perlu berserah kepada nasib. Apa yang trader mampu lakukan adalah menganalisis apa yang pernah berlaku dan menganggar apa yang akan terjadi kemudian. Itulah Technical Analysis. Menggunakan data lampau untuk mencari pergerakan harga yang seterusnya.
Antara kaedah terbaik untuk menilai prestasi pergerakan sebelumnya adalah dengan melihat kepada beberapa time frame (rangka masa).
Apakah Itu Time Frame?
Carta saham memberi presentasi pergerakan harga saham merentasi tempoh masa. Contoh gambar di bawah menggunakan time frame daily (harian), maka setelah setiap satu hari, harga baru akan direkodkan dan akan ditandakan pada chart. Perbezaan masa antara titik harga dan titik harga sebelumnya dikenali sebagai time frame ataupun interval.

Apabila menukar kepada time frame hourly (1 jam), harga akan direkodkan setiap 1 jam. Maka ‘rupa’ chart juga akan nampak berbeza berbanding daily.

Anda mungkin perasan, pada time frame hourly, harga tidak direkodkan sebanyak 24 kali. Ini kerana harga yang ditunjukkan hanyalah untuk tempoh ketika pasaran dibuka sahaja, iaitu sekitar 6.5 jam sehari.
Untuk memahami lebih lanjut, jom dengar penjelasan daripada DDNK Team:
Amacam? Ok tak ok? Kalau ok apa kata anda belanja Share sikit supaya kami lebih termotivasi untuk berkongsi info menarik dengan anda.
Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com
KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.