Artikel

Pening Time Frame Mana Nak Guna?

time frame

“Dato’, time frame apa nak guna?”

Saya perasan ni antara soalan yang quite famous. Syabas kerana anda dah selangkah ke hadapan dalam dunia trading!

Buat anda yang masih belum tahu, time frame merujuk kepada jumlah tempoh masa bagi rekod pergerakan harga dalam pasaran.

Contohnya time frame 1-day bererti satu batang candlestick keseluruhannya merekodkan pergerakan harga saham tersebut untuk tempoh satu hari. Ya, 1 candle bersamaan 1 hari. Jadi anda nak tahu informasi apa yang terjadi pada hari tersebut, tengoklah pada sebatang candle. Begitu juga halnya bagi time frame weekly, maka sebatang candle mewakili pergerakan harga bagi tempoh 1 minggu.

Antara format yang agak popular bagi time frame adalah 1-month, 1-week, 1-day, 4-hour, 1-hour, 30-minute, 15-minute, 5-minute & 1-minute.

Banyak kan?

Tapi tidak bererti anda mesti melihat kesemua time frame. Boleh berpinar mata tengok semua beb!

“Habis tu mana satu nak tengok?”

Jawapannya sangat mudah: Bergantung kepada time frame apa yang anda belajar. Jika anda belajar guna time frame daily, maka gunalah 1-day. Jika anda belajar guna hourly, gunalah 1-hour. Kerana sebahagian trading system hanya functional untuk time frame tertentu. Maka anda tak digalakkan menukar time frame sesuka hati tanpa sebarang solid reason.

“Bagaimana pula jika saya belum belajar mana-mana trading system dan baru nak cuba-cuba?”

Anda wajib tahu berapa lama tempoh pegangan saham anda. Sekiranya tempoh pegangan yang lama, maka mungkin anda boleh consider untuk guna monthly atau weekly. Untuk tempoh pegangan sederhana, daily semestinya menjadi pilihan kerana inilah time frame kegemaran analysts dan traders seluruh dunia. By default kebanyakan platform juga akan menggunakan daily. Namun sekiranya trading system anda memerlukan anda untuk fast in fast out atau scalping, maka time frame yang lebih rendah adalah lebih sesuai.

Traders yang advanced juga gemar melihat dalam multiple time frames sebagai confirmation. Contohnya memastikan momentum yang kuat dalam daily time frame, kemudian menanti correction dalam time frame yang lebih kecil untuk mencari peluang entry.

Akhir kata, traders yang memiliki kelebihan menguasai time frame yang berbeza mempunyai peluang untuk membeli saham pada waktu yang lebih tepat, namun juga boleh terjerat dengan perangkap false signal yang disebabkan oleh ‘noise’ pada pergerakan harga saham.

share it :

0 Responses

    1. Tiada jawapan rasmi untuk soalan ini. Tuan kena ikut timeframe yang guru tuan ajarkan. Kerana setiap teknik, ada timeframe tersendiri yang sesuai. Tuan dah pernah hadir Menang Saham Online?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US