Artikel

‘Pause’ Trading Anda Bila Perlu

Seorang pelabur yang hebat sentiasa tahu bila waktunya mereka perlu berhenti melabur. Berhenti di sini bukan bererti henti selamanya. Kita perlu faham ada waktunya pasaran dalam keadaan tidak stabil dan tidak menentu. Dalam keadaan ini trend menjadi tidak jelas. Terjun ke dalam risiko yang tidak diketahui adalah cara paling mudah untuk membakar wang.

“Risk comes from not knowing what you’re doing.”
– Warren Buffett

Jangan rasa resah gelisah menunggu, kerana menunggu juga adalah sebahagian daripada permainan dalam pelaburan. Anda sabar, kemenangan lebih berpihak kepada anda. Tanamkan dalam kepala, “tiada apa yang hendak aku kejarkan, pasaran sentiasa ada setiap hari. Aku hanya perlu membeli pada saat yang tepat.”

I just wait until there is money lying in the corner, and all I have to do is go over there and pick it up. I do nothing in the meantime.
– Jim Rogers

If most traders would learn to sit on their hands 50 percent of the time, they would make a lot more money.
– Bill Lipschutz

Seperti semua sistem yang digunakan dalam kehidupan kita, hampir kesemuanya dilengkapi dengan ‘safety features’. Contohnya di pasaraya yang hadir dengan sistem penggera apabila berlaku kebakaran. Begitu juga dengan mesin di kilang yang hadir dengan emergency stop button. Ada masanya butang itu harus ditekan. Bukan untuk menghentikan operasi pasaraya atau produksi kilang. Tetapi untuk selesaikan masalah kecemasan.

Penerimaan risiko (risk appetite) bagi setiap orang mungkin berbeza-beza sesuai dengan faktor kekuatan modal, kesediaan ilmu, ketahanan mental, dan kelapangan masa masing-masing. Di sini kami kongsikan beberapa ‘rule of thumb’ bila sepatutnya anda pause trading anda.

3x Losing Streak

Benar, kalah secara berturut-turut itu tersangatlah syahdu. Namun hakikatnya inilah lumrah yang pasti akan dirasai oleh semua yang berada dalam pasaran, baik ada yang baru mahupun yang lama.

Setelah 2 trade rugi berturut-turut, anda dinasihatkan sama ada berhenti trade buat seketika, atau teruskan trade dengan size position yang lebih kecil. Jika tetap rugi juga, maka tutuplah laptop dan tinggalkan. Anda mungkin memerlukan rehat untuk beberapa hari. Jika tangan masih gatal? Kembali ke demo akaun adalah tindakan yang bijak untuk tingkatkan kembali keyakinan anda.

Big Sell-off

Jika anda mengesan penjualan secara besar-besaran dalam pasaran, itu adalah petanda anda perlu berehat daripada trade. Penjualan secara besar-besaran menandakan pasaran tidak stabil akibat daripada ‘pembuangan’ pemilikan saham secara berleluasa. Anda boleh menganggarkan penyertaan dalam pasaran akan berkurangan dalam masa terdekat. Justeru, jangan biarkan pegangan anda terperangkap ketika tiada siapa yang mahukan pasaran.

Uncertainty Events

Aktiviti yang boleh menyebabkan pasaran menjadi tidak menentu termasuklah seperti non-farm payroll, kadar pengangguran negara, kadar faedah, perubahan geopolitik, perang, wabak penyakit, sekatan ekonomi dan lain-lain. Pada skop yang lebih kecil pula, anda perlu memerhatikan faktor-faktor seperti perubahan polisi syarikat, CEO, earnings announcement dan lain-lain. Uncertainty events perlu dielakkan seboleh mungkin, sehinggalah ianya menjadi certain (sesuatu yang pasti) apabila keputusannya telah keluar.

Sekarang anda dah tau kan bila perlu ‘pause’ trading anda?

Terpulanglah sekiranya anda mahu ikut ataupun tidak. Namun marilah sama-sama kita menghayati kata-kata daripada seorang trader terkenal:

Win or lose, everybody gets what they want from the market. Some people seem to like to lose, so they win by losing money.
– Ed Seykota

Belajar sesuatu? Jangan lupa tekan butang Share supaya lebih ramai yang celik pelaburan.

Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

share it :
en_US