Artikel

LVMH Memperkuat Rangkaian Jenama Mewah Dengan Pemilikan Tiffany & Co.

Pernah dengar jenama Louis Vuiutton, Christian Dior, Charles & Keith, Bulgari, Zenith atau TAG Heuer? Kesemua brand mewah ini adalah antara milikan syarikat konglomerat terkenal Perancis, LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton SE atau dikenali sebagai LVMH.

Awal Januari lalu, LVMH telah membuat pelaburan terbesar dengan membeli syarikat berlian Tiffanny & Co dengan tanda harga $15.8 Bilion – potongan sebanyak $400 Juta daripada apa yang telah dipersetujui pada November 2019. Pembelian ini berjaya walaupun telah menempuhi pelbagai halangan seperti 2 tuntutan mahkamah, kekeliruan daripada surat kerajaan Perancis, dan pertelingkahan antara dua syarikat tersebut. 

Harga saham jatuh selepas perjanjian dimeterai tetapi ini adalah pembelian syarikat yang tersebar dalam sektor barang mewah. 

Syarikat tersebut menyatakan bahawa nilai persetujuan telah berkurang ke $15.8 Bilion selepas harga pengambil alihan yang  baru telah jatuh daripada $135 kepada $131.5 per saham. 

Ketua Eksekutif Syarikat Tiffany berkata bahawa nilai perjanjian tersebut adalah berpatutan walaupun telah berkurang sebanyak $400 Milion kerana ini adalah kepentingan terbaik untuk pelabur. 

CEO LVMH Bernard Arnault berkata: “kami yakin bahawa jenama Tiffany mempunyai potensi yang hebat pada masa akan datang dan percaya bahawa LVMH adalah tempat yang sesuai unntuk Tiffany dan pekerja untuk masa hadapan.”

Syarikat tersebut menyatakan, senarai persetujuan dalam perjanjian tersebut tidak berubah dan sama seperti yang telah dijanjikan hampir satu tahun yang lepas. 

Transaksi perjanjian telah mendapat pelepasan daripada pengawal selia dan dijangka akan selesai pada awal 2021, bergantung atas persetujuan pelabur Tiffany. Menurut persetujuan yang terbaru, Tiffany akan membayar dividen suku tahunan sebanyak $0.58 per saham pada November 19.

Syarikat memberi kenyataan “Tiffany dan LVMH bersetuju untuk melunaskan litigasi yang telah tertunggak di Delaware Chancery Court.”

Persetujuan baru ini akan memberhentikan perang mulut awam dan sebarang tindakan undang-undang antara dua syarikat terkenal dalam industri mewah.

Pada Oktober tahun lepas, pemilik LVMH iaitu Louis Vuitton berkata bahawa persetujuan tersebut tidak boleh diselesaikan sebelum November 24 seperti yang telah dijanji pada November 2019. 

Syarikat tersebut menyatakan campur tangan politik perancis mengarahkan untuk melambatkan pengambil alihan sehingga 6 Januari, 2021 disebabkan ancaman daripada tarif baharu terhadap produk negara Perancis, serta mengkritik persembahan yang suram oleh syarikat Tiffany semasa pandemik Kovid-19. 

Ini menyebabkan syarikat Tiffany saman syarikat LVMH in Delaware Court kerana tidak patuh kepada persetujuan yang telah dibuat. Manakala, LVMH menyaman semula Tiffany dan menyatakan bahawa syarikat tersebut boleh sahaja menolak pengambil alihan tersebut. Kes tersebut akan didengari pada awal Januari. 

Walaubagaimanapun, Tiffany berjumpa dengan LVMH untuk tujuan berdamai, dinyatakan oleh sumber terdekat kepada Reuters. Ini juga disebabkan oleh pandemik yang semakin merisaukan di Europe dan US yang menyebabkan keadaan perniagaan semakin merosot. 

Persetujuan tersebut diwujudkan untuk meningkatkan mutu di bahagian bisnes terkecil dalam LVMH iaitu barang kemas dan berlian dan jam tangan, dan brand yang telah sedia ada seperti Bulgari dan Tag Heuer. Hal ini dapat membantu bahagian kecil tersebut berkembang maju di dalam industri yang sedang membangun dengan pesat serta menguatkan imej kewujudan US dalam sektor tersebut. 

Sumber: Grace Dean & Reuters

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US