Tidak ramai dalam kalangan pekerja yang setia kepada satu pekerjaan sahaja untuk tempoh yang lama, kerana kebanyakkannya menukar bidang pekerjaan sama ada untuk meningkatkan ekonomi peribadi atau bagi mencantikkan profil pekerjaan di masa depan. Bagi yang setia bertahan dalam sesuatu bidang perkerjaan sehingga lebih 30 tahun berkhidmat, mungkin ada nilai sentimental yang membuatkannya kekal bertahan.
Ini kerana, kebanyakkan yang setia kepada satu syarikat sahaja mungkin disebabkan oleh persekitaran, pengurusan dan kestabilan atau pengukuhan syarikat yang memuaskan hati pekerja untuk kekal bertahan. Namun, tidak banyak syarikat yang mampu mengekalkan pekerja bagi tempoh yang lama dalam perkhidmatan disebabkan oleh faktor ekonomi, kestabilan dan perubahan corak pentadbiran bagi sesuatu syarikat. (https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/rencana/komentar/2023/06/1114700/kepuasan-bekerja-pengaruhi-kesetiaan-kakitangan)
Sebaliknya, apabila sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kelumpuhan pentadbiran syarikat termasuk masalah kewangan disebabkan oleh ekonomi, apa yang akan terjadi kepada hak pekerja? Mengambil contoh situasi yang pernah terjadi kepada beberapa syarikat akhbar sehingga meranapkan perniagaan tersebut, membuatkan ramai pekerjanya masih belum mendapat pembelaan sehingga ke hari ini. (https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2019/07/476429/bekas-pekerja-syarikat-akhbar-tuntut-pampasan)
Sebagai pekerja, apakah persediaan masa depan, andai jika terkait situasi sebegini? Cukupkah dengan wang simpanan dan gaji terakhir yang diterima untuk menampung kehidupan kelak? Usah terlalu bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja, misalnya gaji bulanan, kerana kita tidak tahu apakah rintangan yang bakal kita tempuhi kelak. Justeru itu, berusahalah untuk memiliki wang tambahan bagi menjamin kestabilan kewangan anda di masa depan agar tidak tersepit dengan beban perbelanjaan yang perlu ditanggung kelak.
Bagi yang bijak mengatur kewangan, nescaya sudah mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Tetapi, bagi yang hanya mengharapkan pendapatan bulanan, mereka ini digalakkan untuk memulakan langkah pertama iaitu dengan merangka pelan kewangan yang lebih stabil, Ini termasuk mengadakan tabungan khas atau melabur dalam jangka panjang seperti dana unit amanah yang mana ia dikendalikan oleh institusi kewangan yang berlesen, bagi membentuk masa depan yang lebih terjamin.
Sampai bila harus makan gaji?
Istilah ’bekerja makan gaji’ sinonim dengan golongan yang mempunyai wang pendapatan tetap setiap bulan. Adalah berbeza dengan mereka yang bekerja sendiri, kerana yang bekerja makan gaji dianggap tidak perlu bersusah payah untuk memperoleh pendapatan bulanan dan sebagai contoh mereka ini tidak perlu memikirkan soal untung atau rugi, menyimpan stok atau sebagainya.
Namun dengan keadaan ekonomi yang kini kian mencabar, mungkin kedua-dua golongan ini agak sukar untuk menikmati keadaan kewangan yang agak selesa, jika tidak ditampung oleh aliran wang tambahan ataupun pelaburan yang boleh membantu meningkatkan nilai wang simpanan mereka pada masa hadapan.
Mana-mana sektor pekerjaan sekalipun akan mempunyai risiko-risikonya tersendiri, namun secara umumnya ianya banyak dipengaruhi oleh keadaan ekonomi global untuk memastikan sektor-sektor akan terus maju dan berdaya saing.
Namun sekiranya sesuatu sektor itu mengalami kemerosotan, ianya juga akan memberikan impak negatif terhadap pekerja sektor terbabit kerana ada setengah-setengah syarikat yang akan memilih tindakkan yang drastik seperti memberhentikan pekerja mereaka dimana secara tidak langsung ianya akan menggakibatkan pekerja itu hilang sumber pendapatan.
Walaupun ada diantara mereka yang tidak terjejas dengan situasi terbabit, sebaiknya mereka juga mengambil langkah proatkif untuk meningkatkan lagi tahap kewangan mereka, seperti menyediakan tabung simpanan tambahan.
Amatlah digalakkan sekiranya mereka juga melabur melalui instrumen pelaburan yang sesuai dengan risiko dipilih serta dikendalikan oleh syarikat kewangan yang berlesen seperti dana unit amanah ataupun pelaburan mandat (private mandate). Pendekatan tersebut dianggap agak efektif, kerana ia boleh mengurangkan kebergantungan kepada gaji bulanan kerana ada di antara produk atau instrumen pelaburan tersebut berpotensi menjana pendapatan pasif, sekiranya produk itu turut memeberikan dividen tahunan.
Instrumen pelaburan terutamanya dana unit amanah kebiasaanya akan lebjh memberikan pulangan yang lebih berbanding dengan simpanan secara konvensional di bank atau institusi kewangan lain, kadar faedah mungkin tidak begitu tinggi .
Terutamanya saham, bon, ekuiti, emas ataupun perdagangan juga kadang-kala mampu memberikan pulangan yang lebih akan tetapi mempunyai produk-produk tersebut juga memiliki risiko yang lebih besar berbanding dengan simpanan tetap (fixed deposit) yang lebih rendah risikonya. Apapun pilihan yang kita lakukan, bertindaklah dengan bijak demi kelangsungan hidup dan pengukuhan kewangan serta ekonomi sendiri di masa depan.