Artikel

Kerajaan Perpaduan perlukan lebih banyak regionalisme

Kerajaan Perpaduan perlukan lebih banyak regionalisme

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Kolaborasi antara negara-negara ASEAN dalam bidang ekonomi perlu dipertingkat dan diperluaskan, contohnya antara Indonesia dan Malaysia dalam pasaran Islam, bagi meletakkan posisi Bursa Malaysia lebih besar di rantau ini. 

Peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan lebih banyak regionalisme, agar inflasi dapat dikawal selepas pemerintahan Presiden Amerika Syarikat yang ke-47, Donald Trump bermula. 

Jelas Pengurus Dana Bertauliah, Dato Dr Nazri Khan, meskipun Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sudah menunjukkan peraturan yang akan diambil jika inflasi tidak dikawal, namun, perlu pragmatik dalam mengimbangi keadaan. 

“Mereka (Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi) perlu menyeimbangkan dengan tanggungjawab fiskal. Saya rasa, apa yang Malaysia takutkan bukan inflasi, sebaliknya, adalah perang antara China dan AS sepertimana sebahagian pemerhati politik kini berpendapat.

“Situasi ini adalah besar. Jika China dan AS tidak rasional, mereka akan bergaduh dengan tarif yang mana mungkin mencetuskan perang dingin. Bukan sahaja memberi kesan untuk Malaysia, tetapi untuk seluruh ekonomi global. Oleh itu, saya berharap China dan AS akan tetap rasional,” katanya. 

Beliau berkata, situasi seumpamanya pernah berlaku sekitar tahun 1980-an di mana Malaysia mempunyai kesan terhadap ‘hostilities’ antara Jepun dan AS, di mana AS cuba menyimpan kekuatan Jepun.

“Namun, Jepun mengalah kepada AS dan tiada apa-apa implikasi ekonomi buruk berlaku. Bahkan, kedua-dua negara tersebut telah berjaya mengukuhkan ekonomi masing-masing dan  menjadi lebih kaya. Saya harap China boleh juga mengambil langkah sama dan menyokong model yang akan diperkenalkan AS,” tambahnya. 

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *