Artikel

Jadi Pemegang Terbesar Dengan 9% Saham Twitter, Elon Musk Mulakan Undian ‘Butang Edit’

Tidak cukup dengan tulisan berbentuk troll yang sering dibuat menerusi laman social media Twitter. Kini Elon Musk ambil langkah untuk menjadi top shareholder Twitter pula.

Beliau telah mendedahkan pada Isnin pemilikan saham Twitter sebanyak 9.2% (anggaran nilai $3 bilion), menjadikan Musk pemegang syer terbesar syarikat laman micro-blogging tersebut dan mencetuskan kenaikan lebih daripada 27% saham Twitter dalam sehari.

Secara teknikal, saham Twitter membuat gap up dan tutup dengan kenaikan 27% bersama volume yang tinggi.

Tindakan Musk tersebut, yang didedahkan dalam pemfailan kawal selia, dibuat selepas tweetnya yang dia mempunyai “pemikiran serius” untuk membina platform media sosial baharu, pada masa yang sama mempersoalkan komitmen Twitter terhadap kebebasan bersuara.

Musk turut memulakan undian menanyakan kepada pengguna Twitter sekiranya mereka mahukan ‘butang edit’, ciri yang sekian lama ditunggu-tunggu. Hal ini diikuti dengan pesanan Ketua Pegawai Eksekutif Parag Agrawal yang menggesa pengguna untuk mengundi secara berhati-hati.

Republicans PRAISE Elon Musk for 'stepping up' to Big Tech by buying a  stake in Twitter | Daily Mail Online

Dalam tempoh kurang 3 jam undian dijalankan, lebih 1.2 juta pengguna telah mengundi, rata-rata 75% mahukan pilihan untuk edit semula tweet mereka.

Selaku pengguna tegar Twitter, Musk kini memiliki lebih 80 juta followers sejak 2009 dan beliau gunakan platform tersebut untuk membuat pengumuman, termasuklah “teaser” menjadikan Tesla syarikat persendirian sehingga telah mengundang masalah berdepan dengan penguatkuasa.

Manusia terkaya dunia tersebut sebelum ini lantang mengkritik platform dan polisi syarikat, sehingga baru-baru ini membuat undian Twitter menanyakan pengguna sekiranya mereka merasakan platform tersebut mesra dengan prinsip kebebasan bersuara. 70% telah menjawab “tidak”.

Musk Buys Stake In Twitter After Criticizing It Over Free Speech, And TWTR  Shares Soar | HotHardware

Disember lalu, Musk menyebarkan “meme” yang membandingkan CEO Agrawal dengan diktator Soviet Joseph Stalin bersama dengan Jack Dorsey (bekas CEO Twitter) sebagai sekutu rapatnya yang akhirnya dijatuhi hukuman mati.

SHOCKING! When Elon Musk compared Twitter CEO Parag Agrawal to Dictator  Joseph Stalin in murder meme | Tech News
“Meme” yang dimuatnaik oleh Elon Musk

Mahupun begitu, Musk dan Dorsey mempunyai titik persamaan dalam menolak apa yang dikenali sebagai Web3, suatu istilah yang tidak jelas untuk internet versi utopia yang tidak berpusat (decentralized).

Pemfailan kawal selia mendedahkan pada Isnin Musk memiliki 73.5 juta saham Twitter, yang mana diperoleh melalui Elon Musk Revocable Trust, di mana beliau merupakan pemegang amanah tunggal. Manakala Vanguard adalah pemegang terbesar kedua dengan 8.79% pemilikan menurut data Refinitiv.

Sumber: Investing.com

Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

share it :