Artikel

IKEA Labur €340 Juta Untuk Projek Taman Solar Di Jerman & Sepanyol

Ingka Group, pemilik gedung IKEA seluruh dunia, telah membeli 9 projek taman photovoltaic (PV) di Jerman dan Sepanyol dengan jumlah keseluruhan 340 juta dalam usaha menjana tenaga boleh diperbaharui melebihi tenaga yang mereka gunakan.

Syarikat rangkaian pembekal runcit perabot terbesar itu berkata pada hari Rabu bahawa mereka membeli projek-projek tersebut dengan jumlah kapasiti terkumpul sebanyak 440 megawatt daripada pemaju Jerman, Enerparc.

“Tenaga yang dihasilkan dijangka akan mencukupi untuk menampung kesemua kedai dan gudang IKEA di kedua-dua negara tersebut, menjadikan operasi Ingka Group neutral karbon,” katanya dalam satu kenyataan.

IKEA beroperasi melalui sistem francais Ingka Group, pemegang francais utama pemilik jenama Inter IKEA. IKEA secara keseluruhannya menyasarkan untuk bergerak ke arah pendekatan mesra alam, dengan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau menjelang 2030.

“Projek-projek ini masih di peringkat awal dan dijangka siap untuk pembinaan pada penghujung 2022, dan diteruskan hingga 2023. Pembinaan itu sendiri akan mengambil masa kira-kira enam bulan,” kata Ingka Group.

Kumpulan itu kini memiliki 547 turbin angin di 14 negara, 10 taman solar dan 935,000 panel solar di atas bumbung kedai dan gudang IKEA, yang secara totalnya menghasilkan tenaga elektrik lebih daripada 4 Terawatt-jam.

Sumber: Investing.com

Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

share it :