Ford Motor Co. akan mengurangkan pengeluaran produk mereka yang terlaris di pasaran iaitu Pickup F-150, bermula pada 2 minggu akan datang di 2 kilang berpangkal di US disebabkan kekurangan bahan semikonduktor.
Ini adalah kali kedua Ford terpaksa mengurangkan pengeluaran produk yang diminati ramai disebabkan kesukaran mendapatkan cip. Situasi ini memberi impak negatif kepada seluruh industri automotif di dunia dan Ford bakal kehilangan $61 Bilion pada tahun ini.
Syarikat pengeluar tersebut berkata pada Khamis lalu untuk mengurangkan pengeluaran di kilang pemasangan di Dearborn dan Kansas City. Aktiviti pengeluaran dalam skala besar akan disambung pada 15 Februari.
Ford telah memendekkan syif untuk kilang pengeluaran F-150 pada hujung Januari lepas.
Pada minggu ini, Syarikat tersebut juga memendekkan syif kilang Explorer sport-utility-vehicle di Chicago dan memberhentikkan aktiviti Kilang SUV di Louisville. Tambahan pula, kilang di Ontario telah ditutup pada minggu ni disebabkan kekurangan bekalan cip. Ketiga-tiga kilang tersebut bakal beroperasi dalam skala besar pada 8 Februari.
“Kami akan bekerjasama dengan pembekal untuk menyelesaikan masalah pengeluaran disebabkan kekurangan bekalan semikonduktor di seluruh dunia dan memberi keutamaan kepada pengeluaran kenderaan yang tertentu,” seperti dinyatakan oleh Ford di dalam email.
Pekerja kilang menerima 75% daripada gaji kasar mereka serta tambahan daripada persatuan pekerja dan pertolongan daripada kerajaan semasa diberhentikan kerja.
Ford dijadualkan akan mengeluarkan kenyataan kewangan pada hari Khamis selepas pasaran saham tutup.
Sumber: TheEdgeMarkets