Bila sebut tentang pelaburan, semestinya orang akan ingat hartanah dan saham bukan? Sebenarnya pasaran kewangan menawarkan bermacam-macam jenis produk.
Yang best, kita boleh melabur dalam apa sahaja yang kita suka. Sebagai contoh kalau anda suka emas, di pasaran komoditi anda boleh berdagang emas. Begitu juga di pasaran saham, anda boleh cari saham-saham yang ada hubungkait dengan emas seperti syarikat pelombongan emas ataupun syarikat yang berniaga barang kemas berasaskan emas.
Bukan tu je. Contoh anda peminat pelaburan hartanah, anda juga boleh melabur dalam Real Estate Investment Trust (REIT) atau syarikat-syarikat pemaju hartanah yang tersenarai di papan bursa saham.
Selain produk yang sedia ada, terdapat juga pelabur yang berminat untuk membeli tawaran awal saham (IPO) supaya dapat membeli saham pada harga yang lebih rendah sebelum ianya diapungkan lagi.
Jom sama-sama dengar apa lagi produk yang ada di pasaran kewangan.
Dah dengar tu jangan lupa klik Share dan tinggalkan komen kat bawah!
Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com
KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.