Artikel

Amazon Umum Pemecahan Saham 20:1, Pembelian Semula $10 Bilion

Buat pertama kalinya setelah krisis gelembung dot com, Amazon memberitahu pelabur-pelaburnya pada hari Rabu bahawa mereka akan menerima 20 saham bagi setiap satu saham yang mereka miliki. Berikutan berita tersebut, saham Amazon melonjak mencecah 11% dalam tempoh waktu lanjutan dagangan (extended hours).

Bukan itu sahaja, malah syarikat memberitahu bahawa lembaga pengarah telah mengizinkan mereka untuk membeli semula saham sejumlah $10 bilion.

TradingView Chart
Sejak didagangkan pada 1997, Amazon telah membuat lonjakan lebih 190,000%

Menurut pemfailan SEC, pemecahan berlaku pada atau sekitar 3 Jun 2022 bagi pemegang saham mengikut rekod sehingga 27 Mei 2022. Setiap pegangan satu saham akan bertambah lagi 19 saham tambahan.

Amazon baru-baru ini membuat penyelarasan strategi pampasan, berkata perubahan terbaru itu disasarkan untuk membantu kakitangan korporat.

“Pemecahan ini akan memberikan pekerja kami lebih fleksibiliti untuk menguruskan pegangan ekuiti di Amazon dan menjadikan harga saham lebih mudah diakses untuk orang yang ingin melabur dalam syarikat,” kata jurucakap Amazon dalam satu kenyataan.

Bulan lalu, Amazon meningkatkan gaji asas maksimumnya untuk pekerja korporat daripada $160,000 kepada $350,000. Sebelumnya, Amazon banyak bergantung dengan menganugerahkan saham kepada pekerja yang berbakat, namun prestasi saham pada 2021 agak mengecewakan, lantas pekerja telah menekan syarikat untuk membuat perubahan.

Sumber: Fast Company, CNBC

Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US