Pernah terperangkap dalam fake breakout? Memang perit rasanya kan? Jika anda nak tahu bagaimana nak cari potential solid breakout, anda patut baca dan hadam kesemua tips ni sehingga lumat.
Sebelum tu anda perlu tahu tips ni tak menjamin semua candidate yang anda jumpa bakal berakhir dengan solid breakout. Kita cuma cari jalan untuk tingkatkan kemungkinan untuk dapatkan breakout yang berkualiti.
Sama la macam mencari calon menantu. Takkan nak main tangkap muat sahaja. Walaupun belum kenal sepenuhnya calon tersebut, sekurangnya anda tahu kriteria yang perlu calon tersebut penuhi supaya anda tak akan hadapi masalah di kemudian hari.
Semestinya syarat yang anda letakkan tak akan menjamin 100% kebahagiaan masa akan datang. Namun probability tu akan jadi lagi tinggi kan? Keadaan risiko juga akan jadi lebih terkawal.
Oraittt…
Dah ready nak teruskan?
Jom kita tengok 3 formasi yang wajib anda buat sebelum consider untuk trade chart pattern breakout.
1. Formasi Chart Pattern

Sebelum breakout biasanya harga saham akan pulas-memulas bergerak ke atas dan ke bawah membentuk paras support & resistance secara horizontal ataupun diagonal. Support boleh dikesan dengan mencantumkan lebih daripada 2 titik terendah, manakala resistance dikesan dengan mencantumkan lebih daripada 2 titik tertinggi. Semakin banyak titik yang boleh disambungkan, maka secara psikologinya lebih kukuhlah benteng support & resistance tersebut. Apabila memasuki fasa consolidation, saham bergerak dalam range support & resistance seterusnya membuat formasi chart pattern.
2. Kerangka & Tempoh Masa

Cerita pasal chart pattern, time frame juga memainkan peranan yang sangat penting. Generally, semakin besar time frame, semakin kuat juga validity dan influence chart pattern tu. Malah ada sebahagian chart pattern yang memerlukan tempoh yang spesifik untuk membuat pembentukan. Contohnya anda boleh cari perbezaan antara Pennant dan Wedge. Semak mana-mana ensiklopedia chart pattern dan fahami kriteria, bentuk, tempoh masa serta price target sesuatu chart pattern. Ni seriously akan bantu anda jika anda adalah peminat setia pattern breakouts. Satu lagi tips, biasanya semakin lama consolidation berlaku, kemungkinan untuk breakout lebih tinggi juga lebih meyakinkan.
3. Sokongan Ketika Breakout

Setelah formasi chart pattern dah complete, sekarang masanya untuk mencari entry point. Jangan tergesa-gesa terus entry secara membuta tuli apabila breakout berlaku. Perhalusi kesemua sokongan yang wujud di saat breakout berlaku. Contohnya, harga saham perlu betul-betul close di atas paras resistance bagi contoh bullish trade. Adalah lebih meyakinkan jika candle seterusnya dibuka di atas paras breakout juga (dipanggil sebagai confirmation candle). Kehadiran volume yang mencanak juga boleh dijadikan suatu sokongan yang utuh. Jangan buat-buat terkejut selepas naik tinggi, saham akan buat kejatuhan sementara. Ini adalah normal, kerana paras resistance yang telah dipecahkan oleh breakout movement kini sudahpun bertukar menjadi support.
Tak usah takut atau risau terlepas peluang kerana peluang sentiasa ada setiap hari. Anda perlu sabar sehingga chart pattern setup benar-benar sudah lengkap, barulah mencari entry point yang sesuai. Lebih baik terlepas entry daripada anda terperangkap dalam situasi fake breakout.
Setuju?
Seandainya suatu hari nanti anda betul-betul dapat kuasai chart pattern, itu pun dah memadai dan waktu tu anda boleh la trade tanpa perlukan bantuan indicator tambahan.
Wahhh~ Banyak anda belajar daripada artikel ni? Jangan lupa kongsikan kerana rakan-rakan anda juga mungkin sedang mencari info penting ni!
Follow Social Media DDNK






0 Responses
Terbaik untuk pembelajaran terima ksih??
Semoga bermanfaat! ?
Terbaik informasi
jelas?
Terima kasih dato atas perkongsian ilmu yang bermanfaat
Sangat terbaik info ni alhamdulillah..!
Terima kasih tuan, rasa nak faham tapi masih belum paham. Sebab banyak pekataan dan istilah dalam saham yg masih x tau
Walau macam mana pun terima kasih banyak2 kerna ilmu tok guru
Tak mengapa. Teruskan belajar. InshaaAllah lama-lama akan faham juga.
sangat terbaik ddnk kongsi ilmu
jasamu dikenang.
Jangan lupa share sekali ya.
Tqvm DDNK for the your thoughtful sharing. Very useful & interesting…I pun dh mula gali2 ilmu nak fhm all the trades jargon.
Slowly inshaaAllah akan mudah untuk faham.
Ilmu yg perlu ada seblum mengetahui
lebih agi tentang saham bersama2 DDNK
Alhamdulillah.
Banyak maklumat untuk mengenali chart pattern terimah kasih sya lagi bersemangat kerana serbah sedikit sya dapat ilmu daripada charts ini..
Good. Jangan lupa share ya.
Terbaik, ilmu yg paling bermanfaat.
Masih mengali ilmu
Alhamdulillah. Kongsi manfaat ini bersama rakan-rakan traders yang lain tau.
Alhamdulillah, terimakasih ddnk..insyaallah moga Ilmu yg dikongsi kn mnjadi amal jariah yg mngalir utk saham dunia akhirat aminn..
Amin inshaaAllah.
Byk kali jg terperangkp ..tip dr dato hr ni.. akan mmberi kekuatan untuk x repeat kesilapan
Ya, semoga lebih berjaya selepas ini.
Terima Kasih kerana tak jemu mencurahkan ilmu utk manafaat utk semua. Semoga sentiasa bersemangat dalam berjihad membimbing ummah dan diberkati hingga ke Jannah. Amin.
Amin Ya Rabb al-‘alamin
Alhamdulillah