Artikel

Cara Daftar Online Akaun Saham Melalui Aplikasi Bursa Anywhere

Ramai yang tanya kat mana nak buka akaun saham? Lagi-lagi masa PKP haritu pejabat semua tutup.

Sekarang semuanya mudah. Terima kasih dan syabas Bursa Malaysia kerana pantas keluarkan feature pembukaan akaun saham (CDS) secara online!

Lebih mudah, permohonan ni centralized, jadi anda boleh buka akaun CDS dengan mana-mana broker yang anda suka hanya melalui satu app sahaja.

“WOW… BEST NI! DATO’ TOLONG AJAR SAYA MCM MANA NAK BUKA AKAUN ONLINE”

Baik. First, anda perlu download mobile app Bursa Anywhere.

Untuk yang belum ada akaun Bursa Anywhere, anda perlu register terlebih dahulu. Yang dah register boleh terus sign in.

Kemudian, anda boleh follow instructions macam dalam gambar di bawah:

Amacam?

Now dah tak ada alasan dah kenapa anda masih belum mempunyai akaun CDS. Kita target at least 1 rumah 1 akaun CDS. On x on?

Suka posting macam ni? Jemput SHARE supaya kawan-kawan lain pun dapat manfaat sekali.

www.MenangSaham.com

Follow Social Media DDNK

share it :

0 Responses

    1. Ya, komitmen bulanan juga perlukan wang. Sekurangnya dengan trading boleh tampung komitmen bulanan, duit dapur pun ok dah

      1. Salam dato saya nak daftar macam mn dato tolong saya… Roszlita

      1. Saya ingin tnya Apa bila kita daftar bursa macm inter bank..pihak inter akan call kita tak untuk kita pergi ke pejabat inter bank untuk tanda tngan documen

    1. Buat masa sekarang semua program dijalankan secara online. Yang dari Melaka pun boleh join tiada masalah. Jemput daftar secara Percuma di https://menangsaham.com dan terus buat pendaftaran.

  1. Saya baru nak register
    Tapi yg last tu minta isi ADA
    Preferred authorised depository agent

    Tuan mohon bantu saya

    1. Nanti broker akan hubungi tuan untuk proses lanjut termasuk berkenaan yuran.

  2. Assalam nk tnya semua kerja2 urusniaga saham nnt diuruskan sepenuhnya oleh broker ka atau camna….sbb x tahu langsung ttg urusniaga ni.

    1. Broker hanya menyampaikan pesanan (order) kita kepada Bursa Malaysia. Urusniaga kita sendiri perlu usahakan. Nak belajar secara Percuma sila layari Jemput daftar secara Percuma di https://menangsaham.com/ dan buat pendaftaran.

  3. Salam, mana nak dapat kan documents E-DIVIDEND ye… Sebab saya sangkut disitu tak boleh teruskan… Page ke 6.

    1. Biasanya e-dividend diemelkan kepada pelabur. Sekiranya tidak pernah terima emel berkenaan dividend, tidak perlu kemukakan dokumen tersebut.

  4. Terimakasih banyak2 tuan, saya dah berjaya register, sebelum ni saya hanyut dengan Forex 🙂

  5. saya ingin bertanya… bagaimana untuk ubah ADA …untuk tukar ke broker lain contoh inter

    1. Sila hubungi broker yang tuan ingin pindah dan mereka akan bantu tuan.

  6. Assalam, saya dah buka ac d RHB, tp dah sebln lebih tiada info dr Bursa Saham berkenaan dgn ac saya.kata pegawai RHB, Bursa Saham akan email berkenaan ac tu.hampir tiap hari tgk email d inbox, spam n junk….x de.
    Saya memang berminat n nk ada ac CDS…
    Mohon bantuan datuk

    1. Wassalam. Tuan boleh terus hubungi pihak broker dan nyatakan ingin semak status permohonan akaun CDS.

    1. Perlu tunggu broker proses akaun tuan. Proses biasanya mengambil masa sehingga 2 minggu.

  7. Pengetahuan saya tentang saham adalah zero, adakah saya layak mendaftar dan melabur, saya juga bukan seorang yg kaya.

    1. Asas kepada pelaburan adalah simpanan aset. Sekiranya tuan mampu untuk menyimpan, mak tuan juga mampu untuk melabur. Perlu juga tahu dalam pelaburan ada risikonya. DDNK ajarkan kaedah mudah mengawal risiko dalam Virtual Online Menang Saham. Daftar Percuma di https://menangsaham.com/sms-1/

  8. N24 kampung sungai bagan tengah
    83100. Rengit johor
    Bantu daftarkan

  9. Saya frust dengan interspac johor branch. Saya sampai nak daftar mintak tunjuk ajar tapi mereka acuh x acuh saja. Dia bgtau saya komisen traksaksi RM280 then suruh saya pergi ke bank kalau nak murah. Saya jadi blur dan makin x faham. Mcm mana ni dato?

  10. Dato… saya seorang ccriss dan x de akaun bank, boleh buka akaun dgn bursa anywhere tak.

  11. Dato’, boleh ke kalau Kita Ada DUA cds trading account? Sbb sy dah lama buat ngan CIMB. So sy nak buat satu lagi cds trading account ngan dato’ plak. Boleh ke? Sy nak guna dua dua sekali. Okay tak?

  12. Dato’…. Saya ni miskin je Dato’. Dalam bank account saya memang tak sampai RM100 pun. Bila saya nak beli saham dari Bursa, Broker CIMB saya kata saya kene ada RM1000. Lepas tu kalau saya nak beli US stocks saya akan dicharge USD25.

    Sekarang ni saya nak tanya, orang yang miskin tak de RM100 dalam akaun bank memang tak layak nak trade ke, Dato? Kalau Inter-pac kata boleh, saya akan tukar broker saya right away… Because I want to use that money to continue my study. Kalau saya ni tak layak nak trade, sebab kononnya tak cukup nak bayar charge macam-macam, memang tak dapat la saya nak sambung study… Tolong bagi pencerahan…

    1. Walaupun anda boleh melabur bawah RM100, namun untuk dapatkan hasil yang berbaloi perlu melabur lebih RM1000. Kami sarankan anda belajar dulu dalam Virtual Online Menang Saham kemudian buat latihan secukupnya menggunakan akaun demo. Pada masa yang sama terus menyimpan. Apabila ilmu dan modal sudah ready, barulah mula melabur secara berperingkat.

  13. PIhak broker ada email saya yg akaun cds alamat i/c dengan alamat masa isi borang tak sama…broker reject..macamana nak buat balik

  14. Tiap kali masuk kan varification kod untuk email mesti invalid walupun saya dah salin pada kertas dulu..mohon bantuan..

    1. Boleh terus cari nombor broker seperti Inter-Pacific Securities atau broker lain di internet. Terus call dan minta mereka bantu buka akaun saham. Pastikan ada isi borang Bursa Malaysia ya.

      1. Saya suda apply account cds dalam bursa anywhere app tapi broker reject.. Broker xbagitau apa sebab permohonan saya kena reject. Boleh bantu x?

  15. saya dah buka akaun dan broker saya dah pilih inter pasific..next steps apa yer

  16. Assalamualaikum kalaunkita dah bayar rm10 untuk buka acc pastu reject. Adakah duit dipulangkan semula

  17. Salam dato sy guna akaun bank bsn.. bole tak nk buka akaun cds dgn mana2 broker

  18. Bagaimana dan cara utk sy daftar belajar jual beli saham. Sedangkn sy baru nak belajar mengenai saham. Oleh bantu sy cara2 utk bermain dgn saham.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *