Artikel

Guna AI dalam pengurusan dana dan pelaburan

Guna AI dalam pengurusan dana dan pelaburan

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Malaysia perlu pantas meneroka teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk diguna pakai setiap sektor ekonomi dalam negara, termasuk sektor kewangan terutamanya dari segi pengurusan dana dan pelaburan.

Pengurus Dana Bertauliah, Dato’ Dr Nazri Khan, berkata teknologi tersebut boleh memastikan objektif yang ingin dicapai bersifat rasional dan tidak berat sebelah, dengan memberikan fakta yang berasas.

Katanya, teknologi AI dirasakan berupaya untuk mengawal dari segi pengurusan risiko serta boleh memberi amaran awal tentang portfolio kewangan, jika teknologinya dan kualiti data dapat dipertingkatkan. 

“Itu yang ingin saya lakukan, sebab  penggunaan AI saya agak luas. Saya berharap rakyat Malaysia akan dapat menerima apa yang ingin saya lakukan terutamanya, membawa teknologi itu dalam bidang trading (perdagangan) dan pelaburan. 

“AI mempunyai banyak model, tetapi, yang saya mahukan adalah terasnya berbalik kepada apa yang berupaya mentelah apa yang menyebabkan pasaran saham bergerak. Pasaran saham bergerak bukan disebabkan oleh saya, sebaliknya, oleh smart money (Pelabur Institusi). Jadi, kita perlukan AI yang berpotensi memberikan petunjuk  waktu yang sesuai untuk masuk berdagang,” katanya. 

Beliau berkata, AI juga dilihat boleh membantu Pengurus Dana atau pelabur untuk membantu memperbaiki strategi pelaburan mereka dengan model yang boleh dibangunkan dengan teknologi tersebut.

Namun, katanya jika mahukan jangkaan janaan AI yang jelas, teknologi itu perlu dibangunkan dengan pendedahan data yang lebih banyak, serta memerlukan teknologi yang bagus agar tidak terdedah dengan elemen mudah digodam.  

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US