Ramai orang yang baru berjinak-jinak dalam dunia kewangan sering tertanya-tanya:
Trading vs investment – mana satu yang lebih baik untuk jana keuntungan?
Sebenarnya kedua-duanya boleh menjana keuntungan, tetapi strategi, risiko dan persediaan sangat berbeza.
Dalam artikel ini, kita akan terangkan secara ringkas, padat dan mudah faham tentang:
- Maksud sebenar trading & investment
- Perbezaan utama antara kedua-duanya
- Kelebihan dan kekurangan
- Persediaan penting sebelum anda bermula
- Cadangan strategi untuk pemula
Apa Itu Trading?
Trading adalah aktiviti jual beli aset (contohnya saham, forex, crypto, emas) secara aktif dalam jangka masa singkat untuk ambil peluang daripada perubahan harga harian.
Contohnya: beli saham pada waktu pagi, jual semula waktu petang kerana harga naik.
Kelebihan Trading
- Potensi keuntungan lebih cepat
- Boleh dijadikan income harian / mingguan
- Sesuai ketika market sedang aktif (volatile)
- Tools teknikal banyak & mudah diakses
Kekurangan Trading
- Risiko tinggi (harga boleh turun mendadak)
- Perlukan masa dan fokus setiap hari
- Ilmu teknikal agak kompleks untuk orang baru
- Boleh menyebabkan tekanan emosi
Apa Itu Investment?
Investment bermaksud membeli aset dan menyimpannya dalam tempoh panjang, biasanya bulan atau tahun, untuk mendapat keuntungan daripada peningkatan nilai jangka masa panjang.
Contohnya: beli saham Maybank dan pegang selama 5 tahun untuk dapat capital gain + dividen.
Kelebihan Investment
- Risiko lebih terkawal (jika pilih syarikat kukuh)
- Tak perlu pantau harga setiap hari
- Sesuai untuk capai matlamat jangka panjang (persaraan, pendidikan)
- Dividen boleh bantu bina pasif income
Kekurangan Investment
- Ambil masa lama untuk nampak hasil
- Memerlukan disiplin dan kesabaran
- Market crash boleh beri kesan jika tak bersedia
Perbezaan Trading dan Investment
Ramai tertanya: “Apa beza trading dan investment?”
Berikut ringkasan perbezaan antara trading dan investment dari segi pendekatan, risiko dan hasil:
Aspek | Trading | Investment |
---|---|---|
Tempoh Pegangan | Jangka pendek | Jangka panjang |
Risiko | Tinggi | Sederhana / Rendah |
Pulangan | Cepat | Perlahan tetapi stabil |
Masa & Fokus | Tinggi | Rendah |
Ilmu Diperlukan | Teknikal analisis | Fundamental analisis |
Stress / Emosi | Tinggi | Lebih rendah |
Persediaan Yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula
- Ilmu Asas Kewangan
- Pengurusan Risiko (risk management)
- Mindset yang betul – bukan nak kaya cepat
- Modal yang mampu rugi (bukan duit makan / simpanan kecemasan)
- Belajar teknikal analisis (jika trading)
- Faham fundamental syarikat / ekonomi (jika investment)
Jadi, Mana Satu Yang Sesuai Untuk Anda?
Jika Anda… | Pilih |
---|---|
Ada masa & suka analisis harian | Trading |
Toleransi risiko agak tinggi | Trading |
Sibuk bekerja / tiada masa monitor | Investment |
Fokus pada matlamat jangka panjang | Investment |
Ramai juga individu yang gabungkan kedua-dua strategi:
70% untuk pelaburan jangka panjang + 30% untuk trading jangka pendek
Ini membolehkan anda bina kekayaan secara konsisten dan masih ambil peluang pada market jangka pendek.
Jangan Pilih Ikut Trend, Pilih Ikut Matlamat
Trading dan investment bukan lawan, tetapi dua strategi berbeza dalam dunia kewangan.
Yang penting adalah:
- Kenal matlamat kewangan anda
- Faham toleransi risiko
- Lengkapkan diri dengan ilmu dan disiplin
- Jangan terikut-ikut hype orang lain
Banyak orang gagal dalam dunia pelaburan kerana mereka tak faham perbezaan trading dan investment, dan terus ikut apa yang viral.
Nak Mulakan Trading atau Investment?
Jika anda serius nak mula, cari platform yang berdaftar di bawah SC Malaysia, dan mulakan dengan akaun demo atau pelaburan kecil dahulu. Jangan terburu-buru.
Atau anda boleh layari: mulatrade.com