Artikel

Bebas hutang di tahun baharu

Bebas hutang di tahun baharu

Lumrah hidup manusia sering berdepan dengan pelbagai hutang, apatah lagi yang tinggal di bandar yang berhadapan dengan bermacam keperluan hidup. Pasti ramai yang mempunyai impian untuk bebas daripada bebanan hutang, walaupun menghadapi kengkangan sumber kewangan yang kukuh untuk keluar daripada permasalahan itu.

Ada juga yang terpaksa berhempas pulas melakukan dua pekerjaan sehari bagi menstabilkan kewangan dan melunaskan hutang-piutang mereka. Tidak kurang juga yang terpaksa kerja lebih masa bagi menampung keperluan hidup tanpa memikirkan kesan ke atas kesihatan diri. 

Bukan mudah untuk menjalani kehidupan dengan mungkin sering terdedah dengan pelbagai cabaran dan tekanan hidup yang kian mencabar. Saban hari ada di antara kita yang hampir putus harapan dan hilang pedoman hidup disebabkan oleh tekanan emosi memikirkan bebanan yang ditanggung. Bagi yang masih bujang mungkin kesannya tidak begitu ketara dibandingkan dengan yang sudah berkeluarga. 

Jadi, apa solusi anda untuk tidak terus dirundung permasalahan hutang? Terus melakukan kerja lebih masa atau kekal melakukan dua pekerjaan dalam sehari? Bagi yang belum berkeluarga mungkin tidak ada halangan, tetapi bagi yang sudah berumah tangga akan menyulitkan hubungan antara suami isteri dan anak-anak. Tidak hairanlah mengapa data kegagalan rumah tangga atau penceraian meningkat disebabkan oleh faktor kewangan. (https://malaysiagazette.com/2024/06/29/masalah-kewangan-masih-jadi-punca-utama-perceraian/

Jadilah pasangan yang bijak dalam menguruskan keperluan kewangan agar tidak terjebak dalam permasalahan rumah tangga yang lebih parah. Sebaliknya, mencari titik penyelesaian bagi mengatasi beban kewangan terutama hutang perlu ditangani agar kehidupan kekeluargaan lebih harmoni dan positif. 

Bertolak ansur dalam perbelanjaan 

Tetapkan keperluan dalam rumah tangga berbanding kehendak diri agar lebih bersikap bertanggungjawab. Jangan terlalu meletakkan bebanan kepada satu sumber pendapatan sahaja, tetapi sebaiknya berusaha mewujudkan aliran tunai yang kedua supaya dapat membantu menambahkan nilai simpan yang berupaya menyokong kepada pendapatan sedia ada. 

Di era kini, ramai pasangan suami isteri adalah kebanyakkannya yang bekerja dan mempunyai pendapatan masing-masing. Oleh itu, sebaiknya pasangan ini lebih bertolak ansur dalam perbelanjaan dan cuba wujudkan tabungan bersama atau melabur dalam pelaburan dari pelbagai bentuk instrumen-instrumen yang sesuai, yang dikeluarkan oleh syarikat yang berlesen agar dapat membantu mengukuhkan ekonomi keluarga. 

Kestabilan ekonomi keluarga bukan sahaja mampu mengekalkan keharmonian rumah tangga malah, kewangan yang sihat akan menjadi pemangkin untuk kelangsungan hidup terutama bagi si isteri dalam menjalani kehidupan apabila ketiadaan suami kelak. 

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US