Artikel

Tetapkan matlamat kewangan jangka panjang

matlamat kewangan jangka panjang

Pasti agak ramai dalam kalangan kita kurang peka terhadap keperluan mengadakan perancangan yang teliti bagi memperolehi kewangan yang stabil demi kelestarian hidup di masa hadapan. Ini mungkin kerana terhimipit dengan kekangan kewangan ataupun situasi ekonomi yang kurang memberangsangkan. Di waktu ekonomi global kini yang agak kurang menentu, setiap orang seharusnya ada perancangan kewangan yang boleh membina kehidupan yang selesa dan harmoni di masa hadapan.

Rancangankan matlamat kewangan dengan teliliti terutamanya untuk jangka masa panjang kerana selalunya ia akan dapat membantu seseorang itu menghindari daripada situasi kewangan yang tidak dingini. Salah satu faedah yang boleh diperoleh melalui perancangan kewangan yang teliti ini adalah keupayaan untuk bergantung kepada sumber kewangan lain bagi meneruskan kehidupan.

Justeru itu jangan memandang enteng soal kewangan, kelak akan menyusahkan kehidupan diri dan keluarga gara-gara tiada persiapan atau persediaan yang dapat membantu ketika mengalami kemelesetan ekonomi kelak. Terutama bagi golongan pekerja gig ekonomi (pekerja sambilan) yang tidak mempunyai pendapatan berkala atau tetap, mungkin akan berdepan situasi sukar untuk memulihkan ekonomi peribadi mereka. Apatah lagi jika sesuatu bidang pekerjaan itu tidak lagi diperlukan kerana telah diambil alih oleh perkembangan teknologi masa kini. 

Bersiap sediakah kita untuk mengharungi ujian hilang sumber pendapatan? Elakkan penggunaan istilah tidak cukup untuk menabung, andai anda bijak mengatur dan menyusun strategi kewangan untuk kebahagiaan hidup di masa depan kelak. Kukuhkan matlamat kewangan dengan menyediakan peruntukkan yang sesuai bagi membantu anda mencapai impian di hari tua dengan lebih mudah.

Tanpa perancangan kewangan yang baik akan membuatkan seseorang itu mudah tersasar dari mendapatkan keadaan kewangan yang stabil. Kehidupan ini bukanlah untuk hari ini atau esok sahaja, sebaliknya perlu memikirkan kehadapan, apatah lagi selepas melepasi usia persaraan. Andai merasai kehidupan ketika kini agak tersepit, bagaimana pula kehidupan di masa depan jika tidak bertindak daripada sekarang? Walaupun nilai tabungan yang dibuat tidaklah sebanyak yang diimpikan, namun ia sedikit sebanyak boleh menampung perbelanjaan di masa hadapan kelak.

Bagaimana menguruskan kewangan? 

Lakukan analisis pendapatan, perbelanjaan, aset dan liabiliti bagi memahami keadaan kewangan anda dan untuk menentukan nilai simpanan atau tabungan yang sedia ada. Haruslah ukur kemampuan kewangan dan ketepikan soal keinginan dan kehendak sekiranya perlu, untuk lebih berhemah dalam pengurusan kewangan. 

Senaraikan pekara yang penting sepatutnya didahuhukan dalam perbelanjaan, supaya ianya selari dengan isi pendapatan rumah ataupun individu, antara contoh yang lazim  ialah pendidikan anak-anak ataupun pembelian rumah. Seterusnya, lakukan analisis tahap kewangan untuk mengetahui adakah sumber pendapatan kita berupaya untuk merealisasikan matlamat yang ingin dicapai dengan simpanan yang dibuat. Gunakan kriteria SMART iaitu spesifik (specific) dalam mencapai matlamat, pendapatan yang boleh diukur (measure) dengan matlamat, keupayaan dalam mencapai (achieve) matlamat, pelan perancangan kewangan yang relevan (relevant) dan tempoh masa (time) untuk matlamat dicapai. 

Akhir sekali, semak keadaan  kewangan setiap tiga hingga enam bulan untuk membuat penyesuaian jika perlu dan gunakan alat seperti aplikasi belanjawan bagi memantau perbelanjaan bagi menambah baik strategi anda. Ini akan membantu melancarkan pelan kewangan serta membolehkan anda menggapai impian pada jangka masa yang disasarkan. Meskipun lambat, namun harus memulakan sekarang demi mencapai matlamat kewangan yang diinginkan. 

share it :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MY