Artikel

Perbelanjaan harian penentu keseimbangan kewangan

Berapakah yang anda peruntukan untuk perbelanjaan harian setiap hari? Tentukan kos bagi keperluan harian seperti makan dan minum, petrol, tol dan parkir bagi yang memandu ke tempat kerja. Manakala bagi yang selesa menggunakan perkhidmatan awam, berapakah kos tambang pengangkutan awam yang diperlukan?

Sejak kerajaan memperkenalkan pas My50 untuk warga Lembah Kelang pada Januari 2022 bagi meringankan beban kewangan rakyat selepas pasca pandemik COVID-19, ramai yang telah mendapat manfaat daripada kemudahan itu. Pas perkhidmatan awam tanpa had untuk sebulan bagi semua pengangkutan awam RapidKL itu sedikit-sebanyak membantu rakyat menguruskan kewangan dengan bijak. 

Namun, tidak dinafikan masih ramai yang selesa memandu ke tempat kerja, mungkin disebabkan oleh perkhidmatan awam seperti tren jauh daripada kediaman. Apapun pilihan anda, bijaklah dalam menentukan perbelanjaan harian dengan baik. Tetapi, mungkin tidak begitu menjimatkan berbanding yang menggunakan pengangkutan awam kerana banyak kos yang perlu diberikan perhatian dan pertimbangan. 

Rancang kewangan harian dengan teratur agar tidak menyusahkan bajet kewangan anda. Bagi yang memilih untuk  berjimat, penggunaan pengangkutan awam yang kian efisien memberikan lebih nilai kepada kewangan masa depan. Andai sebelum ini pengguna pengangkutan awam juga perlu mengeluarkan perbelanjaan tambang yang tinggi, namun dengan pelaksanaan pas bernilai RM50 sebulan, telah membantu golongan  ini untuk lebih berjimat-cermat. (https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/12/904600/pas-perjalanan-my50-bermula-1-januari

Namun, janganlah manfaat itu dijadikan alasan untuk lebihkan perbelanjaan yang lain, kerana ada baiknya jika pengurangan kos itu menjadi pemangkin untuk lebih cakna  mengurus kewangan dengan bijak. Seperti contoh, mencarumkan wang secara konsisten setiap bulan menerusi produk atau instrumen pelaburan yang dikeluarkan oleh syarikat kewangan berlesen atau menyediakan tabung simpanan demi kelestarian kewangan. 

Celik kewangan melalui perbelanjaan harian

Sebagai contoh, jika sebelum ini kita membelanjakan RM50 sehari bagi pengangkutan ke tempat kerja termasuk makan dan minum, mungkin manfaat yang diterima itu dapat menjimatkan kira-kira 20 peratus daripada perbelanjaan harian dimana ianya boleh disalurkan ke tabung simpanan. Malah, mungkin baki daripada perbelanjaan semalam juga boleh dijadikan sebagai perbelanjaan untuk hari ini. Pastinya langkah ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan pengeluaran wang anda. 

Mungkin tidak ramai yang melihat pas My50 itu sebagai langkah ke arah penjimatan kerana merasakan lebihan perbelanjaan tersebut boleh digunakan untuk keperluan perbelanjaan lainnya. Akan tetapi jika kita berfikir, sekiranya peruntukan itu dijadikan pemangkinkan untuk lebih giat menabung, ia akan melatih diri kita untuk lebih teliti ketika memperbelanjakan wang pendapatan di masa depan. 

Latih diri untuk berfikir panjang sebelum berbelanja supaya lebih bersedia berdepan dengan pergolakkan ekonomi yang tidak dijangka seperti pandemik COVID-19 yang lalu, kerana bagaimana jika kita kehilangan punca pendapatan di masa depan sepertimana yang telah berlaku kepada ramai ketika pendemik? Adakah kita mempunyai tabungan yang mencukupi bagi membantu mengurus kehidupan kelak? Pastinya dengan wang simpanan ataupun imbuhan daripada instrumen pelaburan yang telah dibuat itulah yang akan melestarikan ekonomi anda apabila anda berdepan dengan keadaan yang memerlukan kelak.

share it :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MY