Artikel

Buat persediaan sebelum berumah tangga

Buat persediaan sebelum berumah tangga

Ramai yang mengimpikan mahligai perkahwinan yang bahagia dan bermakna, tanpa sebarang masalah mahupun tekanan. Namun, tidak ramai yang mahu mengambil pendekatan awal dengan melakukan persediaan sebelum berumah tangga kerana merasakan kebahagiaan sesuatu perhubungan terletak pada ikatan cinta dan bukannya faktor luaran lain seperti keutuhan ekonomi dan sebagainya. 

Namun, hakikatnya bagi golongan muda yang ingin melangkah ke gerbang perkahwinan, persediaan mental dan fizikal haruslah dititikberatkan, terutama soal kestabilan kewangan. Ini kerana, kebanyakkan kes penceraian yang berlaku di negara ini berpunca daripada masalah kewangan. (https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/636473

Apapun, rancanglah kewangan dari awal sebaik sahaja melangkah ke alam pekerjaan. Bukannya mendahului kehendak dan impian, sebaliknya membuat perancangan dengan lebih pratikal yang lebih menitikberatkan pekara-pekara yang lebih memerlukan bagi masa hadapan. Meskipun di zaman sekarang pasangan suami isteri kebanyakkannya bekerja, itu belum cukup menjamin keperluan masa depan kerana seperti perumpamaan kehidupan, yang ada pasang surutnya, pasti pelbagai cabaran yang perlu dilalui bagi setiap pasangan suami isteri. 

Justeru itu bagi pasangan yang belum berkahwin, jangan terlalu membebankan diri dengan menfokuskan kepada persiapan majlis yang gah dan mewah, tetapi berpada-pada dalam melaksanakannya mengikuti kemampuan diri. Ini kerana, Islam menggalakkan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga agar bersederhana dan tidak melakukan pembaziran, kerana gusar mahligai yang dibina akan terkait dengan bebanan hutang. Ini adalah kerana menurut pandang ulama, majlis perkahwinan atau walimatulurus hanyalah pekara sunat untuk diadakan oleh pengantin lelaki. (https://www.kosmo.com.my/2022/05/27/sunat-buat-kenduri-kahwin-bagi-pengantin-lelaki/).

Namun begitu, adalah digalakkan untuk mengadakan majlis perkahwinan secara kecil-kecilan sahaja kerana perbelanjaan selepas berumah tangga itu sepatutnya lebih diutamakan. Bagi yang sedang ingin mencapai mahligai kebahagiaan rumah tangga, perancangan kewangan perlu diberikan perhatian. Bajet perbelanjaan seperti rumah, kenderaan, makan dan minum hidup berpasangan, bahkan perancangan apabila menimbang cahaya mata kelak perlu disiapkan. 

Mula menabung di usia muda 

Siapkan tabungan ketika memulakan langkah di alam pekerjaan dan membuat perancangan kewangan yang rapi untuk keperluan masa depan. Meskipun belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, namun persiapkan perlu dilakukan daripada sekarang kerana kelak tidak mengusutkan fikirkan memikirkan belanja yang perlu dikeluarkan. 

Ketepikan dahulu keinginan diri seperti memiliki kereta berjenama antarabangsa (continental car), mahupun memiliki kediaman mewah di usia muda. Sebaliknya, fikirkan soal simpanan atau tabungan khusus untuk keperluan yang lebih penting dan akan menyenangkan masa depan. 

Tidak cukup dengan simpanan secara konvensional di bank, pelaburan adalah di antara mekanisma yang boleh dipertimbangkan untuk meningkatkan kewangan. Pilih instrumen yang dirasakan sesuai dengan keupayaan kewangan atau bajet pelaburan berserta risiko yang sesuai dengan matlamat pelaburan yang ingin diambil. Walaupun hasil sesuatu pelaburan itu biasanya akan mengambil masa untuk dikembangkan, namun nescaya ia dapat membantu menstabilkan kewangan kelak. 

Cari saluran yang betul dan diperakui seperti melabur dengan syarikat-syarikat kewangan yang berlesen kerana ia berpotensi membantu pengurusan kewangan anda untuk menjadi lebih sihat. Teliti dan selidiki setiap instrumen sebagai contoh, ciri-ciri utama produk, risiko yang berkaitan dengan produk, yuran dan caj yang perlu dibayar oleh pelabur, sebelum mengambil keputusan untuk melabur, supaya dapat mendepani sebarang kemungkinan yang akan berlaku dengan emosi yang lebih stabil. 

share it :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MY