Cuti adalah benda paling syok bagi orang yang bekerja kan? Yalah… Siapa tak suka holiday betul?
Tahu tak. Sebenarnya orang yang bergelar trader sangat tak gemar dengan cuti terutama mereka yang buat secara full-time. Kerana itulah sumber pendapatan yang mereka boleh dapat secara mudah sahaja tanpa perlu mereka bergerak ke mana pun.
Tiada istilah ‘Monday Blues’. Yang ada hanyalah ‘Weekend Blues’. Dalam seminggu, trader enjoy 5 hari dan ‘sendu’ 2 hari. Seronok kan hidup macam tu?
Namun menjadi masalah bila tiba holiday season. Lagi-lagi kat Malaysia yang sangat banyak cuti. Pasaran pun akan ikut sama cuti beb. Tekan BUY seratus kali pun tak ada apa akan terjadi.
Mungkin ada yang bertanya, kat mana nak tengok semua ni? Anda boleh semak Holiday Calendar dengan klik DI SINI.

Kat Investing.com anda boleh dapatkan info jadual cuti umum pasaran seluruh dunia. So lepas ni boleh la prepare siap-siap, tak ada lah dah duduk depan PC nak trade, akhirnya kecewa kerana market tutup.
Tapi tak apa. Bagus juga ada cuti. Inilah masanya kita reset minda. Refresh semula ilmu-ilmu trading yang dah dipelajari. Fikir semula strategi dan fokus kita. Hidup kita bukan sekadar berkitar tentang trading. Kita boleh juga luangkan masa untuk keluarga, untuk masyarakat, untuk agama. Kan itu yang lebih utama.
Gunakan waktu rehat anda sebaiknya dan pastikan bila tiba hari Isnin, anda dah ready sepenuhnya untuk berjuang semula.
Follow Social Media DDNK






0 Responses
Betul kata DDNK patut ilmu saam ni dh diajar 50 tahun dulu. Syabas DDNK anak melayu pertama yang celikkan melayu2 dalam negara ini yang aelama ini walau duit bnyak tak tau nak melabur kat mana dan akhirnya bagi duit kepada scammer je.
Betul tuan. Anak bangsa sendiri masih kurang celik dengan pelaburan yang sah dan patuh syariah.
Puteri Damiya
Jemput sertai Virtual Online Menang Saham DI SINI
Saya nak belajar menang saham
Jemput sertai Virtual Online Menang Saham DI SINI
Nak tau lebih lanjut DDNK
Jemput sertai Virtual Online Menang Saham DI SINI
Saya join seminar menang saham DDNK nak masuk kali ke 3 dan dh trade di saxo demo mula buat profit usd200 semalam sikit2 untuk mahirkan diri dlm trader ni.
Nk tau jugal pasal saham ni sbb sya da brp kli kna tipu dgn broker saham