Waktu Urus Niaga Pasaran US Diawalkan?

Ehhh… Kenapa pasaran saham US buka awal ni?
Sebelum tu anda wajib tahu tentang ‘teori konspirasi’ daylight saving time dulu…

Apa itu Daylight Saving Time (DST) ?

Pada suatu hari anda bangun pagi dan memulakan rutin harian anda pergi ke tempat kerja misalnya. Tiba-tiba hari seterusnya anda perlu pergi ke tempat kerja sejam awal, mengamuk tak? Haha. Kalau anda seorang pelabur di pasaran US dan tinggal di Malaysia mesti anda lebih suka kerana pasaran buka lebih awal daripada biasa. Fenomena ini dipanggil sebagai Daylight Saving Time (DST) 

Daylight Saving Time atau dikenali sebagai Waktu Jimat Siang adalah sistem masa di mana waktu di sesuatu kawasan akan dianjakkan ke depan sebanyak satu jam. Ini kerana negara tersebut misalnya US sedang mengalami perubahan iklim yang membuatkan waktu siang lebih lama daripada waktu malam. Idea tersebut dibangunkan oleh Benjamin Franklin pada 1784 untuk untuk menjimatkan tenaga elektrik dalam penggunaan cahaya.

So apa akan jadi kepada waktu operasi pasaran saham US? Bermula 14 Mac 2021 market US akan buka satu jam awal daripada biasa iaitu pada jam 9.30 am – 4.30 pm (9.30 pm – 4.30 am waktu Malaysia). So pelabur Malaysia boleh start trade lebih awal daripada biasa tetapi ia juga bermaksud pelabur perlu melakukan trading plan lebih awal.

Share the Post:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku