Stick To The Plan!

Trading plan

Kau ingat nak bina rumah je ke kena ada plan?

Melabur pun mesti ada plan tau! Tak ada plan tu dah sama macam main judi la. Tikam sahaja tengok kena atau tak. Tak boleh. Kita mesti ada kebijaksanaan dan kewarasan dalam melabur. Tau selok belok saja tak cukup. Kena bijak mengatur plan.

Haaa… Mengatur camna tu?

Ni yang nak cerita nih. Sebelum trading, plan siap-siap kat mana nak entry & kat mana nak exit. Ada macam-macam teknik, macam-macam cara.

Cara tradisional, boleh gunakan konsep support & resistance untuk tandakan fixed point di mana anda jangkakan harga akan membuat reversal. Sekiranya reversal tidak berlaku malah breakout/breakdown, apa yang perlu anda lakukan? Ini semua kena ambil kira.

Atau kalau anda lebih advanced, anda boleh gunakan chart pattern, indicator, Fibonacci levels atau Gann levels untuk menentukan di mana entry & exit anda.

Step 1: Tentukan di mana entry price
Step 2: Tentukan di mana paras take profit
Step 3: Tentukan di mana paras stop loss
Step 4: Tentukan berapa lama time stop (optional, penting jika trade instrumen yang ada delivery contract)

Bagi setiap step, gunakan teknik yang anda telah pelajari sebelum ini dan apply dahulu dalam akaun demo. Cuba dan cuba sehingga anda dapat result terbaik.

Senang je kan nak bina trading plan? Ya, memang senang. Yang susah dan ramai orang failed tu adalah bila part nak stick to the plan.

Selagi posisi anda masih dalam keadaan terkawal seperti dalam pelan, maka holding power sangat sangat sangatlah penting. Tapi kalau dah cecah paras stop loss, janganlah mengada nak holding power pula! Kalau macam tu baik tak payah ada trading plan langsung.

Ingat ya… anda trade tak ikut pelan, memang susah nak kaji semula apa yang tak kena dengan trading anda. Tapi kalau dah ikut pelan dan masih rugi secara overall, maka barulah anda boleh buat decision untuk tukar strategi. Time ni baru boleh kata “indicator A tak sesuai untuk aku”.

Ni tak. Trade baru 2-3 kali. Rugi sikit terus kata strategi yang belajar tu tak berkesan. Padahal pelan pun tak buat. Main langgar sana sini. Anda bukan macam tu kan?

Bagusss…

So macam biasa. Dah belajar tu jangan la kedekut nak Share. Lagi banyak kita share, lagi bertambah ilmu kita tau. Klik SHARE sekarang!

Share the Post:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku