Senarai Saham Gergasi Yang Beri Diskaun Hebat!

Bercerita tentang diskaun, semua orang suka bukan? Kalau tengok masa musim sales, confirm penuh orang kat mall.

Dalam pelaburan, ada 2 teknik yang powerful bila nak beli saham. Pertama, beli ketika strong momentum. Kedua, beli ketika diskaun dengan syarat masih dalam uptrend yang jelas.

Namun diskaun yang nak diceritakan kali ni bukanlah berkenaan dengan pullback atau correction, tapi lebih kepada stock split.

Apa Itu Stock Split?

Stock split memberikan pelabur peluang besar untuk membeli saham dengan harga diskaun yang berlipat ganda. Secara mudahnya stock splits berlaku apabila syarikat bertindak untuk meningkatkan jumlah unit saham yang didagangkan dengan cara mengurangkan harga saham. Maka, ini menjadikan jumlah nilai total kekal sama.

Kredit Imej: Firstrade

Tujuan stock split adalah untuk meningkatkan kecairan saham (liquidity). Saham yang lebih mampu milik biasanya menarik minat lebih ramai pelabur, lebih-lebih lagi jika saham tu sememangnya dah dikenali dengan track record yang bagus.

Split Ratio

Nisbah pemecahan (split ratio) yang biasa adalah 2-untuk-1 atau 3-untuk-1 (juga ditulis 2:1 atau 3:1). Ini bermaksud jumlah unit saham pegangan akan berganda menjadi 2 atau 3 mengikut nisbah.

Senarai Saham Yang Membuat Split

Sekarang anda dah faham kan apa yang dimaksudkan dengan stock split? Sekarang jom tengok saham-saham gergasi mana yang dah pernah bagi diskaun.

Nota: Saham-saham yang disenaraikan belum ditapis status syariah dan tidak menggambarkan kesemua saham-saham ini adalah bagus. Anda harus membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berjual beli saham.

SahamTarikhSplit RatioHarga SebelumHarga Selepas
Tesla (TSLA)25/08/223:1$907$302
Google (GOOGL)18/07/2220:1$2,389$119
Fortinet (FTNT)23/06/225:1$281$56
DexCom (DXCM)13/06/224:1$283$71
Amazon (AMZN)06/06/2220:1$2505$125
Arista Networks (ANET)18/11/214:1$520$130
Microchip (MCHP)13/10/212:1$143$72
Intuitive Surgical (ISRG)05/10/213:1$978$326
Nvidia (NVDA)20/07/214:1$749$187
CSX (CSX)29/06/213:1$97$32
NetEase (NTES)02/10/205:1$456$91
Monster Beverage (MNST)17/09/208:1$646$81
Apple (AAPL)31/08/204:1$510$128
Harga sebelum dan selepas stock split berlaku

Wow! Terus jadi murah kan?
Ada yang dari beribu dollar, jadi beratus dollar.

Belajar sesuatu yang baru? Jangan lupa SHARE dengan kengkawan tau.

Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share the Post:
Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku