Sampai Bila Nak Tersepit Dengan Krisis?

Kami rasa bersimpati dan sedih melihat ramai rakyat Malaysia dalam kesusahan terutama sejak PKP mula diumumkan lagi.

Ada yang hilang sumber pendapatan.
Ada yang hilang kerja.
Ada yang bisnes makin menurun, malah tak kurang juga yang tutup.
Ada yang bekerja lebih masa, terpaksa struggle cari duit lebih.

Ini bukanlah salah sesiapa kerana tiada siapa yang inginkan perkara seperti ini terjadi. Bahkan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk memberi bantuan kepada rakyat.

Siapa sangka, syarikat penerbangan yang dah lama established pun terpaksa terima tamparan hebat?
Siapa sangka, hotel-hotel yang dahulunya megah kini tak berpenghuni?

Pada saat begini, pasti apa yang bermain di fikiran kita adalah “alangkah baiknya jika aku ada cash reserve atau simpanan yang mencukupi.”

Ya, terdapat statistik yang membuktikan masyarakat kita masih kurang celik bab kewangan.

Sehinggakan di saat kecemasan, ada yang nak dapatkan wang RM1,000 pun susah. Yang ditekankan di sini bukanlah kadar gaji yang rendah. Tetapi mentaliti menyimpan dan melabur masih belum subur dalam masyarakat kita. Inilah pahit kebenaran yang terpaksa kita telan.

Sepatutnya sikap simpan labur kita dah amalkan sejak terima cek gaji pertama dahulu. Namun ke mana ia menghilang? Kita pun sendiri tak tahu.

Jangan risau kerana masih belum terlambat untuk bermula hari ini. Kalau bukan hari ini, bila lagi nak mula kan?

Takkan lagi 10 tahun akan datang jika berlaku lagi krisis, kita masih macam hari ni?

Bukannya meminta ianya berlaku, tapi biarlah kita sediakan payung sebelum hujan. Hanya kita yang boleh mengubah nasib kita. Paksa diri kita untuk belajar menabung dan melabur.

Hari ini kita pelihara harta, supaya akan datang harta tersebut dapat pelihara kita di saat kesulitan.

Share the Post:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku