Saham, Demokrasi Alaf Baharu?

Demokrasi bukan hanya wujud bila berpolitik. Dalam saham pun ada demokrasi. Pergerakan saham dipacu oleh pemikiran sekelompok pelabur, jika ramai yang membeli saham maka harga akan naik, begitu juga sebaliknya jika ramai yang menjual saham maka harga akan turun.

Mungkin sebelum ini kita fikir, harga saham naik dan turun kerana ekonomi. Sebenarnya itu tidak tepat. Contohnya kita boleh lihat ketika awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dilaksanakan. Ketika itu ramai yang risau tentang ekonomi negara bakal merudum. Penutupan pelbagai premis dan industri menyebabkan ramai hilang pekerjaan dan mengalami saat sukar.

Namun apa yang terjadi pada pasaran saham adalah sebaliknya. Banyak saham yang meletup-letup kenaikannya terutamanya sektor yang berhubung kait dengan getah dan farmaseutikal.

Saham Top Glove meningkat 307% sebaik sahaja PKP 1.0 dilaksanakan

Maka jelas dapat difahami bahawa pergerakan saham tidaklah bergantung kepada ekonomi. Namun pelabur yang sudah lama pasti tahu, situasi ekonomi tidak patut diabaikan juga kerana ianya adalah katalis yang dapat membawa manfaat serta mudharat kepada pasaran kewangan terutamanya nilai pertukaran matawang.

Oleh itu, sekiranya anda mahu menjadi seorang pelabur yang berjaya, anda harus memiliki pemikiran selangkah ke hadapan dan mampu berjual beli seiring dengan majoriti. Majoriti di sini bukanlah merujuk kepada ‘berapa ramai pelabur’, tetapi berapa banyak wang keluar masuk sesuatu saham.

Misalnya, ‘jerung’ yang mendominasi sesuatu saham akan menjadi majoriti di sana. Maka tugas kita sebagai pelabur adalah menggunakan kebijaksanaan mencari peluang dengan menghidu di mana ‘playground’ jerung-jerung dalam pasaran saham.

Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share the Post:
Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku