Saham Bukan Ekonomi, Saham Adalah Demokrasi

Seringkali kita dengar orang bercakap tentang ekonomi dan pasaran saham seolah-olah kedua-duanya adalah perkara yang sama. Namun hakikatnya bukan begitu. Jika anda pernah sertai Menang Saham, anda mungkin pernah dengar DDNK sebutkan “saham bukan ekonomi, saham adalah demokrasi.”

Apa maksudnya?

Pertama sekali, ekonomi mempunyai metriknya yang tersendiri. Contohnya seperti kadar pekerjaan (employment rate), keluaran dalam negara kasar (gross domestic product), kadar inflasi (inflation rate), kadar faedah (interest rate) dan lain-lain.

Sedangkan harga pasaran naik dan turun bukan disebabkan oleh ekonomi. Sebaliknya mengikut tindakan membeli atau menjual saham oleh majoriti pelabur.

Tetapi mengapa apabila ekonomi tidak stabil, pasaran merudum? Harga jatuh kerana pelabur memberi reaksi terhadap apa yang mereka fikir. Terutamanya apabila dimomokkan dengan ekonomi tidak menentu, rasa takut menyebabkan mereka menjual pegangan.

Lihat sahaja ketika PKP 1.0, kesan penutupan memberi kesan yang amat besar terhadap ekonomi. Namun apa yang terjadi kepada pasaran saham? Sepanjang tempoh tersebut, banyak saham yang membuat prestasi cemerlang, terutamanya saham-saham getah dan farmaseutikal.

Kredit Imej: Omnia Health Insight

Contoh lain di negara luar, saham GameStop yang tular pada tahun lepas naik bukan disebabkan oleh ekonomi, mahupun keuntungan yang diperolehi syarikat. Namun oleh kerana pedagang-pedagang runcit bersepakat mahu melawan hedge funds pada ketika itu, GameStop telah mencecah sehingga lebih 2,000% kenaikan dalam tempoh kurang sebulan!

Selain itu, pasaran saham tidak mewakili semua orang yang mengambil bahagian dalam ekonomi. Ukuran prestasi pasaran saham tidak mencakupi keseimbangan ekonomi, kerana ianya memberi pemberat kepada korporat-korporat besar, sedangkan perniagaan kecil turut menyumbang memacu ekonomi.

Malah, tidak kesemua rakyat di seluruh negara memiliki saham, sedangkan sejumlah besar pegangan adalah milikan orang-orang terkaya sahaja.

Man in Blue Top Giving Box to Man in Gray Top
Kredit: Quintin Gellar

Perkara seperti perbelanjaan mikro dan makro, serta kadar pekerjaanlah gambaran sebenar situasi ekonomi semasa. Manakala, harga pasaran saham adalah refleksi kepada keyakinan pelabur terhadap prospek dan masa depan.

Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahawa saham bukan ekonomi, namun boleh memberi atau menerima kesan kepada/daripada ekonomi. Ekonomi bukan penyebab, tetapi boleh menjadi katalis kepada pergerakan harga saham.

Sumber: Morningstar

Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share the Post:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku