Rugi $14 Billion Sehari, Kapal Kontena Bersaiz Eiffel Tower Tersangkut

Syarikat-syarikat perkapalan seluruh dunia mengalami nasib malang umpama sudah jatuh ditimpa tangga kerana krisis kovid 19 telah menyukarkan proses penghantaran kontena, ditambah pula dengan masalah terbaru iaitu salah sebuah kapal kontena terbesar dunia Ever Given tersekat di terusan Suez.

Terusan ini memisahkan benua Afrika dan Asia dan menjadi laluan terpenting kerana dapat menjimatkan kos dan masa perjalanan syarikat perkapalan sebanyak 8-10 hari berbanding perjalanan yang biasa. 

Kapal Ever Given berlepas daripada Tanjung Pelepas, Malaysia sedang menuju ke Rotterdam, Belanda. Kapal tersebut telah tersekat semasa melalui Terusan Suez disebabkan angik kencang yang mengakibatkan kapal tersebut berubah arah dan tersekat di tebing terusan tersebut.

Ini menyebabkan kesesakan lalu lintas dan anggaran sebanyak 369 kapal terkandas untuk melalui terusan tersebut ini termasuk pelbagai jenis kapal dari segi kapal minyak, gas asli (LNG), gas petroleum (LPG) dan lain-lain.  

Kesan daripada kelewatan untuk sampai ke destinasi akan memakan kos dan masa. Bekalan makanan sedikit terbantut serta barangan yang dihantar akan sampai lewat ke destinasi masing-masing dan dianggarkan kira-kira sejumlah $14 bilion hangus setiap hari.

Ada yang berpendapat untuk menukar haluan kepada laluan asal tanpa melalui terusan tersebut, namun tiada kapal ingin berbuat demikian. Syukur mereka membuat pilihan yang betul kerana Kapal Ever Given telah pun diapungkan semula pada pagi semalam dan Terusan Suez boleh kembali digunakan seperti biasa.

Sumber: Reuters, CNN, NYTimes

Share the Post:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku