{"id":13322,"date":"2025-03-05T08:00:09","date_gmt":"2025-03-05T00:00:09","guid":{"rendered":"https:\/\/ddnk.ai\/?post_type=artikel&#038;p=13322"},"modified":"2025-03-03T10:21:10","modified_gmt":"2025-03-03T02:21:10","slug":"kemiskinan-adalah-pilihan","status":"publish","type":"artikel","link":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/artikel\/kemiskinan-adalah-pilihan\/","title":{"rendered":"Kemiskinan adalah pilihan"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kadar kemiskinan di Malaysia masih lagi ketara meskipun negara kini mengorak langkah ke arah status berpendapatan tinggi dan maju menyaingi negara jiran, Singapura. Walaupun jurang kemiskinan bagi negara kita tidak begitu besar berbanding beberapa negara-negara lain di Asia Tenggara, tetapi masih perlu mempergiatkan\u00a0 usaha bagi mencapai matlamat yang dihasratkan kerajaan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">(<\/span><a href=\"https:\/\/www.astroawani.com\/berita-malaysia\/kajian-unicef-pendapatan-isi-rumah-melonjak-kemiskinan-masih-ketara-469667\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">https:\/\/www.astroawani.com\/berita-malaysia\/kajian-unicef-pendapatan-isi-rumah-melonjak-kemiskinan-masih-ketara-469667<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">)\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Rakyat sendiri dalam mendepani keadaan ekonomi global sepatutnya berusaha mengubah ekonomi sendiri agar lebih berdaya saing serta mempunyai kewangan peribadi. yang lebih utuh. Tetapi mungkin masih ramai yang mengambil sikap sambil lewa dengan menyifatkan kemiskinan sebagai ketentuan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pendekatan untuk merubah kehidupan akan berupaya memberikan peluang bagi memajukan ekonomi sendiri atau isi rumah. Jangan terlalu berasa selesa dengan pendapatan tetap setiap bulan, tetapi cuba keluar daripada kepompong kewangan yang terhad dengan mengembangkan sumber kewangan yang ada melalui instrumen pelaburan yang sesuai dengan risiko yang ingin diambil, serta juga instrumen pelaburan itu dikeluarkan oleh syarikat kewangan yang berlesen.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tidak salah untuk mencuba menceburi bidang pekerjaan lain ataupun perniagaan kecil-kecilan bagi meningkatkan ekonomi, namun usaha harus diberikan untuk membawa diri keluar daripada kemelut kemiskinan agar tidak berpanjang. Tidak dinafikan ada yang pernah berada dalam kategori miskin tetapi telah berjaya merubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Usaha kerajaan yang memperkenalkan pelbagai bantuan dan insentif juga dianggap dapat membantu rakyat memajukan diri demi mempertingkatkan taraf kehidupan mereka.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jangan terlalu bergantung harap kepada bantuan daripada Lembaga Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat semata-mata, sebaliknya berusahalah mencari solusi untuk keluar daripada dibelenggu kemiskinan. Jangan jadikan faktor pendidikan sebagai punca sukar untuk mencari peluang pekerjaan, tetapi mulakan langkah untuk bertindak ke arah kestabilan kehidupan yang berpanjangan.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><span style=\"font-weight: 400;\">Contohi insan lain yang berjaya<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ambil iktibar daripada kisah hidup orang lain yang pernah berada di dalam kemiskinan, tetapi kini berjaya merubah ekonomi ke arah yang lebih baik, seperti kisah hidup seorang wanita Orang Asli yang mengusahakan minyak urut, Jungle Girl sehingga membawa dirinya keluar daripada kesusahan dengan hanya menjual produk sendiri di media sosial. (<\/span><a href=\"https:\/\/www.google.com\/amp\/s\/www.hmetro.com.my\/amp\/utama\/2024\/03\/1070945\/jungle-girl-bina-rumah-impian-tak-sampai-setahun-jual-di-tiktok\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">https:\/\/www.google.com\/amp\/s\/www.hmetro.com.my\/amp\/utama\/2024\/03\/1070945\/jungle-girl-bina-rumah-impian-tak-sampai-setahun-jual-di-tiktok<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">).<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kehidupan ini tidak akan lari daripada cabaran dan dugaan jika tidak ditentangi bersama matlamat serta impian untuk mengubah warna kehidupan. Malah, peluang untuk mengubah kewangan diri terbuka luas dengan pelbagai pendekatan. Justeru itu cuba tambahkan sumber pendapatan supaya ia boleh disalurkan ke pelaburan yang seusai, yang mana ia berupaya tingkatkan sokongan kewangan anda bagi membina masa depan yang lebih cerah.\u00a0<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kadar kemiskinan di Malaysia masih lagi ketara meskipun negara kini mengorak langkah ke arah status berpendapatan tinggi dan maju menyaingi negara jiran, Singapura. Walaupun jurang kemiskinan bagi negara kita tidak begitu besar berbanding beberapa negara-negara lain di Asia Tenggara, tetapi masih perlu mempergiatkan\u00a0 usaha bagi mencapai matlamat yang dihasratkan kerajaan. (https:\/\/www.astroawani.com\/berita-malaysia\/kajian-unicef-pendapatan-isi-rumah-melonjak-kemiskinan-masih-ketara-469667)\u00a0 Rakyat sendiri dalam mendepani [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13323,"parent":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","categories":[23],"tags":[],"class_list":["post-13322","artikel","type-artikel","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","category-kewangan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/artikel\/13322","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/artikel"}],"about":[{"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/artikel"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13322"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/artikel\/13322\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13325,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/artikel\/13322\/revisions\/13325"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13323"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13322"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13322"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13322"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}