{"id":12674,"date":"2025-02-04T09:32:58","date_gmt":"2025-02-04T01:32:58","guid":{"rendered":"https:\/\/stg.ddnk.ai\/?post_type=artikel&#038;p=12674"},"modified":"2025-02-04T15:10:45","modified_gmt":"2025-02-04T07:10:45","slug":"apa-matlamat-kewangan-anda","status":"publish","type":"artikel","link":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/artikel\/apa-matlamat-kewangan-anda\/","title":{"rendered":"Apa Matlamat Kewangan Anda?"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sebut sahaja mengenai kewangan, pasti ramai yang akan memikirkan mengenai kestabilan, bebas kekangan kewangan dan kesejahteraan hidup. Namun, tidak ramai yang menetapkan matlamat untuk memiliki kewangan yang sihat dan sejahtera daripada sebarang kekangan dan permasalahan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Umum mengetahui, kehidupan dengan situasi ekonomi yang menekan memaksa ramai orang mencari solusi untuk mengatasi beban kewangan untuk jangka pendek dan jangka panjang, demi kelestarian hidup.\u00a0 Hakikatnya, tanpa persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang, mana mungkin kewangan yang dimiliki berupaya untuk menyelamatkan diri daripada sebarang tekanan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menetapkan matlamat dalam pengurusan kewangan berupaya untuk menggerakkan kestabilan ekonomi rumah tangga dan individu, tetapi, apa tindakan yang akan anda lakukan untuk mengharmonikan ekonomi dengan kewangan yang lebih stabil dan kukuh? Hutang pinjaman adalah lumrah bagi setiap orang, namun tidak ramai yang bijak menguruskan hutang sehingga terbeban dengan masalah kewangan yang tidak sihat.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menurut pakar kewangan, Robert Kiyosaki dalam bukunya berjudul, Cashflow Quadrant terdapat empat jenis aliran tunai iaitu, pekerja yang bekerja untuk wang, mereka yang bekerja sendiri dengan memiliki perniagaan kecil, pemilik perniagaan yang menjana kewangan dan pelabur di mana wang bekerja untuk mereka. Dimanakah kedudukan anda bagi menentukan pengukuhan aliran tunai kewangan anda?\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jelas Kiyosaki, bagi mengatasi beban kewangan dengan permasalahan\u00a0 yang boleh merundung diri adalah, dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan menukar perbelanjaan tersebut kepada pelaburan aset yang dapat menjana pendapatan bagi meningkatkan kecerdasan kewangan di masa depan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mengungkap kata-katanya, \u2018bukan berapa banyak wang yang anda buat, tetapi, berapa banyak wang yang anda simpan dan labur\u2019 jelas menerangkan keterampilan aset pelaburan boleh menstabilkan kewangan serta mungkin dapat mengatasi masalah bebanan kewangan ketika memerlukan.\u00a0\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><span style=\"font-weight: 400;\">JANGAN BERGANTUNG SEPENUHNYA PADA GAJI\u00a0<\/span><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Rata-rata daripada kita bergantung kepada sumber pendapatan bergaji tanpa memikirkan alternatif lain yang berupaya untuk menjadi sumber kedua kepada perolehan pendapatan. Kiyosaki menegaskan, risiko kewangan terhadap pendapatan bergaji mampu menghalang kestabilan kewangan apabila terkait dengan masalah kehilangan pekerjaan serta kenaikan kadar inflasi yang akan menyebabkan simpanan menjadi mengecil.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tanpa ada perancangan tambahan, mana mungkin seseorang itu boleh berada dalam kehidupan yang selesa dengan hanya bergantung kepada gaji bulanan. Jelas Kiyosaki, setiap orang harus memiliki matlamat dengan menetapkan sekurang-kurangnya tiga sumber pendapatan dengan pendapatan pasif melebihi gaji bulanan untuk berkeupayaan memiliki kewangan yang kukuh dan stabil.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pelaburan sama ada menerusi saham atau hartanah kira-kira 10 hingga 20 peratus daripada pendapatan, akan dapat membina dana kecemasan untuk tempoh tiga hingga enam bulan. Namun, bagaimana untuk kita memperoleh sumber pendapatan tambahan?<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Setiap orang memiliki kemahiran dalam bidang masing-masing. Menurut Kiyosaki, gunakan kemahiran atau kelebihan itu untuk menjana pendapatan kedua, disamping menjadikan aset pelaburan sebagai pemangkin kepada keutuhan kewangan untuk jangka panjang.\u00a0<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebut sahaja mengenai kewangan, pasti ramai yang akan memikirkan mengenai kestabilan, bebas kekangan kewangan dan kesejahteraan hidup. Namun, tidak ramai yang menetapkan matlamat untuk memiliki kewangan yang sihat dan sejahtera daripada sebarang kekangan dan permasalahan.\u00a0 Umum mengetahui, kehidupan dengan situasi ekonomi yang menekan memaksa ramai orang mencari solusi untuk mengatasi beban kewangan untuk jangka pendek [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":12675,"parent":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","categories":[23],"tags":[],"class_list":["post-12674","artikel","type-artikel","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","category-kewangan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/artikel\/12674","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/artikel"}],"about":[{"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/artikel"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12674"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/artikel\/12674\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12677,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/artikel\/12674\/revisions\/12677"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12675"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12674"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12674"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12674"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}