BERITA

Malaysia dinilai sebagai pasaran saham berkualiti oleh pelabur asing

KUALA LUMPUR: Unjuran penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) menjurus pelabur asing untuk kembali ke rantau Asia Tenggara dan melihat Malaysia sebagai satu destinasi pasaran saham yang berkualiti dari segi ketelusan perniagaan, unjuran keuntungan yang tinggi serta kecairan pasaran yang mencecah RM2 trilion.

Ketua Pegawai Pelaburan Berjaya Mutual Bhd, Datuk Dr Nazri Khan, berkata dengan pencapaian ekonomi yang menggalakkan dan kemasukan semula pelabur asing, indeks penanda aras pasaran saham tempatan, FBM KLCI dijangka dapat terus bertahan untuk berada di atas paras 1,600 mata sehingga akhir 2024.

“Kami menjangkakan indeks Bursa Malaysia akan diniagakan pada tahap 1,610 hingga 1,680 mata berdasarkan nisbah harga perolehan 15.1 kali hingga 15.5 kali.

share it :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MY