KUALA LUMPUR: Cukai Keuntungan Modal (CGT) belum sesuai dilaksanakan sekarang berikutan keadaan ekonomi Malaysia yang belum kukuh sepenuhnya, demikian pandangan pakar ekonomi.
Ketua Ekonomi dan Pengurus Dana Interpacific Asset Management Bhd, Datuk Dr Nazri Khan, berkata jika CGT dilaksanakan sudah tentu ada akibatnya, termasuk pengaliran dana ke luar negara terutama ke Singapura dan Hong Kong yang tiada cukai berkenaan.
“Saya rasa pelaksanaan CGT dibuat pada waktu tidak sesuai kerana ekonomi negara masih belum kukuh sepenuhnya.





