KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran menurunnya untuk ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut hari ini ketika pasaran menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) juga kekal dalam keadaan stabil susulan pembetulan pasaran berikutan kenaikan baru-baru ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI turun 9.17 mata kepada 1,535.79 daripada paras penutup 1,544.96 pada Selasa.
Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi naik 0.10 mata kepada 1,545.06, bergerak antara paras 1,535.77 dan 1,546 sepanjang hari dagangan.