KUALA LUMPUR: Golongan Bumiputera masih ketinggalan dalam dunia pelaburan saham kerana stigma masyarakat yang menganggap pasaran modal sebagai medan berisiko tinggi.
Mereka perlu mengubah peranan daripada sebagai penambah nilai kepada pencipta nilai bagi membantu meningkatkan ekonomi negara kerana pemerkasaan dan pengupayaan golongan Bumiputera hanya akan berjaya sekiranya berjaya memiliki dan menguasai ekonomi.





