Anda mungkin selalu dengar trader sebut tentang momentum tetapi mungkin anda kurang jelas apa sebenarnya yang mereka maksudkan. Artikel kali ini akan mengupas berkenaan momentum dalam trading secara lebih mendalam.
Apakah Itu Momentum?
Momentum sebenarnya adalah kuantiti vektor, yang mana mempunyai magnitude & direction. Oleh kerana momentum mempunyai arah, maka ianya lebih mudah untuk menganggar arah yang terhasil beserta kelajuan pergerakan objek apabila hentakan berlaku.

Contoh mudah, kita boleh bayangkan sebuah kereta yang memecut laju. Di mana momentum terhasil daripada halaju pecutan (velocity) dan jisim (mass) kereta tersebut.

Momentum Dalam Trading
Begitu juga dengan chart. Saiz candlestick ibarat mass & velocity manakala warna candlestick adalah direction. Secara mudahnya, momentum adalah kekuatan trend. Apabila price berada dalam keadaan strong & healthy trend, kita akan menyebutnya sebagai strong bullish momentum dan begitu juga sebaliknya kita menyebutnya sebagai strong bearish momentum.

Momentum Pada Skala Yang Lebih Kecil
Mari fokuskan momentum pada candlestick. Secara umumnya momentum boleh diwakili dengan sebatang candlestick yang panjang (dikenali sebagai Marubozu atau Bozu candle).

Selain itu, ianya juga boleh dibaca melalui beberapa siri candlestick yang sama arah dan berturutan. Contohnya 3 candlestick hijau yang muncul secara berturut-turut menggambarkan strong bullish movement.

Momentum Candlesticks Ketika Breakout
Sekiranya muncul momentum candlesticks yang berjaya memecahkan paras resistance sebelumnya, ini menunjukkan keghairahan pelabur untuk melihat saham tersebut terus melonjak. Bayangkan seperti sebiji bola yang dilontar dengan kuat ke arah sebuah cermin. Jika berjaya pecah, maka bola akan terus bergerak mengikut arah lontaran.

Begitu juga momentum candlesticks yang muncul ketika breakout, akan terus bergerak mengikut arah sebelumnya, lebih-lebih lagi jika disokong dengan volume spike.

Fading Momentum
Walaupun momentum menggambarkan kekuatan, momentum juga boleh pudar. Pelabur boleh menganalisis status momentum dengan melihat kepada perubahan saiz candlestick dari semasa ke semasa. Contohnya semasa breakout berlaku, momentum masih kuat. Setelah beberapa ketika, saiz candle semakin mengecil. Ini menandakan momentum tersebut mungkin akan berakhir.

Belajar something? Kami dah share dengan anda. Sekarang giliran anda pula Share di Facebook anda ya!
Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com
KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.