Artikel

Latih diri untuk bijak melabur

Latih diri untuk bijak melabur

Kewangan yang kukuh dan stabil seharusnya bermula dengan langkah awal bagi membantu melestarikan keselesaan di masa hadapan serta mengurangkan tekanan beban kewangan. Tetapi, ramai yang tidak endah tentang keperluan kestabilan kewangan kerana merasakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah memadai untuk menjamin masa depan. 

Sebaliknya, perancangan kewangan yang teliti adalah perlu bagi menstabilkan keperluan pada masa akan datang, apatah ia mungkin berupaya membantu seseorang apabila ditimpa musibah atau ujian yang tak terduga, seperti hilang sumber pendapatan disebabkan oleh masalah ekonomi atau kesihatan diri. 

Mungkin ramai yang telah pun siap siaga dengan menjadikan skim insurans diri sebagai perlindungan ketika sakit. Namun, tidak ramai yang mahu menjadikan pelaburan sebagai sumber pendapatan untuk kecemasan atau apabila memerlukan. Bagaimana pula jika sesuatu yang tidak diingini terjadi kepada kita, tetapi tidak ada simpanan tambahan, adakah insurans dapat membantu dalam kewangan kita? 

Masih belum terlambat untuk memulakan langkah bagi menstabilkan kewangan ketika memerlukan kelak. Ini kerana, selain daripada umur kelayakkan, iaitu 18 tahun ke atas,  tiada sebarang sekatan umur untuk menjadi pelabur bagi sesuatu insrumen yang di keluarkan oleh syarikat kewangan berlesen berbanding skim insurans, kerana rata-rata skim insurans hanya di hadkan sehingga umur yang tertentu.

Apatah lagi bagi yang menghidap penyakit kronik, banyak prosedur dan halangan yang perlu dilalui sebelum layak ditawarkan skim insurans. Oleh itu, akan lebih terjamin jika kita mempunyai akaun pelaburan sebagai pendapatan kedua atau sokongan ekonomi, kerana tidak semua penyakit boleh dilindungi insurans dan setidak-tidaknya kita mempunyai ‘backup plan’ untuk keperluan mendesak. 

Rancang kewangan dari sekarang 

Jika kita sering menghabiskan sisa pendapatan bulan dengan memenuhi keinginan dan kehendak yang tidak bermanfaat, mungkin kita boleh ubah konsep perbelanjaan ke arah yang lebih berbaloi dan berupaya meningkatkan kewangan kita. 

Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, sebaliknya nilaikan keadaan ekonomi sendiri sebagai pemangkin untuk merubah ke arah kehidupan yang lebih stabil di masa depan. Mulakan langkah pelaburan dengan nilai yang sedikit atau mengikut kemampuan diri kerana semakin tinggi modal pelaburan, semakin tinggi risiko yang mungkin akan ditempuhi. 

Jadikan duit kopi atau duit tepi seperti bonus dan elaun bulanan sebagai modal untuk melabur. Mungkin dengan nilai yang sedikit berpotensi untuk menambah keperluan kewangan kelak. Tidak semua pelaburan memerlukan modal yang besar, kerana ada firma pengurusan dana kewangan yang menawarkan pelaburan serendah RM100 hingga RM1,000 sebagai modal permulaan seperti Dana Unit Amanah. 

Perancangan kewangan yang  teliti dan ketepikan keinginan atau kehendak yang bukan menjadi keperluan penting, akan berupaya melatih diri untuk lebih bertanggungjawab demi kestabilan kewangan dan keselesaan hidup di masa depan, terutama ketika usia meniti ke peringkat persaraan kelak. 

share it :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MY