“Biar betul boleh beli bank. Jangan main cakap je…”
Iya, memang betul. Realitinya, kita boleh beli bank melalui pemilikan saham syarikat Bank Islam (BIMB) dengan melabur. Kita juga layak untuk menghadiri AGM walaupun kita cuma pemilik kepada 100 unit saham sahaja.
“Jadi ape bezanya simpan duit dekat Bank Islam dengan beli Bank Islam. Sekadar boleh datang AGM je ke.?”
Ada perbezannya. Kalau kita menyimpan, simpanan kita tidak berganda. Tetapi jika kita melabur, simpanan kita akan berganda.
Contohnya:
Anda mempunyai simpanan RM5000 dan mahu asingkan dari akaun simpanan yang lain.
Jadi anda boleh membeli saham Bank Islam
= sebanyak 1500 unit
= pada harga RM3.20 seunit pada Februari 2016.
1500 unit x RM3.20 (harga 1 unit) = RM4800
Jadi anda mempunyai balance RM200
Pada tahun ini 2017, harga seunit saham telah meningkat kepada RM4.20. Anda anda boleh jual terus pegangan saham anda untuk ambil keuntungan atas pelaburan anda.
= 1500 unit x RM4.20 = RM6300
Jadi keuntungan (Tidak Termasuk Kos Transaksi) anda adalah
6300 – 4800 = +/- RM1500
bersamaan R.O.I = 31.25%
Maka simpanan anda sekarang adalah
>> 6300 + 200(Balance) = RM6500
“Selamat ke duit kita kalau melabur? Tak hilang?”
Iya, selamat. Setiap transaksi pelaburan saham dilakukan melaui bank-bank yang diiktiraf seperti Affin Hwang Investment Bank, Bank Islam Investment Bank, Maybank Investment Bank.
Bahkan TABUNG HAJI, EPF, ASB, KWAP & PNB turut mempunyai pegangan saham dalam BIMB.
Belajar untuk untuk tukar kebiasaan simpan hanya sebagai simpanan kepada simpanan sebagai pelaburan.
SEDARLAH, BELAJARLAH DAN KETAHUILAH bagaimana pelaburan saham mampu membantu anda untuk tingkatkan ekonomi anda sendiri.
0 Responses
saya nak beli bank islam
Interesting… diversified future income and saving plan..
Macam mana nak melabur dalam bank islam datang ke kaunter bank@ jumpa ejen pelabur ye
Macam mana nak melabur dalam bank islam datang ke kaunter bank@ jumpa ejen pelabur ye
Mohon perkongsian ilmj
Berminat
terbaik dato’ im a newbie n prrnsh pergi kelas dato
Nak belajar saham tapi tak tahu nak start dari mana dulu
Mcmmana saya nak melabur kt bank Islam…saya berminat
Nak mencuba tapi memang tiada pengalaman dalam hal2 saham ni sila tunjuk ajar ku sifu
Dato, Saya nak belajar main saham dan mcam mana nak mula.