Artikel

Perubahan polisi sesebuah negara sekadar percaturan politik

Perubahan polisi sesebuah negara sekadar percaturan politik

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Pilihan raya yang akan atau sedang berlaku di beberapa negara ketika ini, saban tahun bukan sekadar membawa pembaharuan kepada perubahan dasar atau polisi, sebaliknya caturan politik bagi mempertingkatkan ekonomi masing-masing. 

Jelas Pengurus Dana Bertauliah, Dato’ Dr Nazri Khan, keseimbangan politik dunia bergantung kepada permainan perikatan politik, koordinasi polisi, konfrontasi atau koordinasi perikatan pasif (political alliance, coordination policy, confrontation or coordination passive alliance) untuk memperkukuhkan ekonomi negara masing-masing.

“Pasaran saham tidak akan jatuh, melainkan pemimpin negara yang dipilih kurang berkaliber , kerana ini jarang berlaku dalam sejarah. Saya yakin, siapa pun yang dipilih, yang penting berlandaskan undang-undang dan juga proses demokrasi yang bagus.

“Cuma, sebagai Presiden terpilih, pemimpin tersebut  perlu memberikan keutamaan kepada kerangka ekonomi dengan cara meningkatkan pasaran saham tempatan. Contoh Malaysia, untuk negara bergantung kepada perkhidmatan kecerdasan buatan (AI), semikonduktor mahupun kejuruteraan elektrik, perlukan masa untuk beralih kepada model baharu. Begitu juga dengan pertukaran pemimpin, memerlukan masa untuk menampakkan hasilnya,” katanya.

Beliau menambah, setiap pemimpin negara memerlukan keberanian untuk meletakkan nama negara dalam peta dunia agar standing dengan negara-negara lain, dengan cara meningkatkan ekonomi dan pasaran dalam negara. 

share it :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *