BERITA

‘Jangan terpedaya skim pelaburan tipu guna nama, tagline saya’

Kuala Lumpur: Pakar Pelaburan Saham dan Pengurus Wang Bertauliah Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd yang terkenal dengan tagline ‘Tak Hensem Tak Apa, Janji Kaya’ menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika ingin membuat pelaburan bagi mengelak menjadi mangsa aktiviti skim penipuan pelaburan tidak wujud.

Datuk Dr Nazri Khan yang lebih dikenali sebagai DDNK, turut menjadi mangsa aktiviti penyalahgunaan namanya oleh pihak tertentu terutama scammer yang menggunakan akaun palsu menerusi laman media sosial seperti Facebook, aplikasi Whatsapp dan laman web tertentu serta panggilan telefon.

Beliau berkata, terdapat aduan daripada orang ramai yang menjadi mangsa penipuan oleh scammer, individu dan agensi tertentu yang menyalahgunakan nama, poster dan video dirinya dan syarikat Vega Hermosa International Sdn Bhd.

share it :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MY