BERITA

Bursa Malaysia terus meningkat atas 1,500 mata

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi untuk hari kedua berturut-turut hari ini, menyaksikan indeks penanda aras berakhir dengan melepasi paras psikologi 1,500 hasil sokongan belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya kaunter perbankan dan perladangan.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.63 mata untuk mengakhiri minggu ini pada 1,506.19 berbanding penutup semalam pada 1,505.56.

Indeks penanda aras itu yang dibuka 0.49 mata lebih lemah pada 1,505.07 pagi ini, bergerak antara 1,504.21 dan 1,511.8 di sepanjang sesi dagangan.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mendahului kaunter rugi 440 berbalas 367, manakala 442 kaunter tidak berubah, 1,034 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

share it :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MY