BERITA

Bursa Malaysia uji 1,460 mata minggu depan

KUALA LUMPUR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan tinggi kepada paras 1,460 minggu depan, didorong oleh rekod minggu terbaik Wall Street dalam tempoh setahun selepas pertumbuhan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lembap.

Ketua Ekonomi dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Bhd, Datuk Dr Nazri Khan, berkata walaupun indeks utama terus merosot di bawah 1,450, ia masih mampu mengekalkan kenaikan baru-baru ini melebihi paras 1,440 pada akhir dagangan minggu ini.

Penurunan itu adalah sedikit dan sementara, sebahagian besarnya selaras dengan penurunan indeks serantau selepas kenaikan mingguan global yang terlebih beli, katanya.

Beliau berkata, berita ekonomi tempatan terkini yang positif dijangka akan memacu kenaikan.

share it :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MY