BERITA

Bursa Malaysia dijangka diniaga rendah minggu hadapan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan rendah minggu depan di tengah-tengah sentimen pasaran berhati-hati apabila para pelabur bimbang dengan prospek ekonomi yang lemah, kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi dan Pengurus Dana Interpacific Asset Management Bhd, Datuk Nazri Khan, berkata persekitaran kadar faedah tinggi juga boleh menjejaskan prospek ekonomi, membawa kepada pengurangan ketara permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan pada bulan-bulan akan datang.

“Ini boleh menyebabkan persekitaran pasaran ekonomi yang lemah apabila peserta tidak memasuki pasaran sehingga hala tuju pasaran menjadi lebih jelas,” katanya kepada Bernama.

share it :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MY