BERITA

Bursa Malaysia dijangka jatuh kepada 1,400 mata minggu depan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka bergerak dalam aliran penurunan minggu depan, menyusut kepada 1,400 mata berbanding paras semasa 1,420 mata berikutan kebanyakan saham bergelut untuk mencari hala tuju selanjutnya.

Ketua Ahli Ekonomi dan Pengurus Dana Interpacific Asset Management Bhd, Datuk Nazri Khan, berkata pelabur telah menguatkan lagi jangkaan mereka bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan mengekalkan kadar faedah tinggi untuk tempoh yang lebih lama.

“Kami meramalkan FBM KLCI akan berada dalam aliran lebih rendah iaitu di bawah paras psikologi 1,450, dan berdasarkan transaksi terkini, kami yakin pelabur akan menentukan harga dalam tempoh kadar faedah yang lebih tinggi,” katanya kepada Bernama.

share it :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MY