KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka meningkat semula berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah minggu depan didorong oleh kesediaan untuk mengambil risiko yang lebih baik dalam pasaran pasca Belanjawan 2024.
Ketua Ekonomi dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Bhd, Datuk Dr Nazri Khan, berkata beliau menjangka FBM KLCI akan mencatatkan peningkatan semula terlebih jualan dan kekal berada pada aliran meningkat, melepasi paras 1,440 untuk menguji semula paras 1,450 minggu depan berikutan dana asing telah kembali dan pasaran yang berjalan dengan baik.
“Dana asing terus beralih kepada saham indeks utama yang dilihat sebagai aktiviti belian saham pada harga rendah yang baharu menjelang Belanjawan 2024 semalam,” katanya kepada Bernama.





