Modus Operandi Terbaru Scam Penipuan?

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai jenis scam yang tumbuh bak cendawan. Penipuan-penipuan ini muncul dengan bermacam-macam jenama. Apa yang kekal sama adalah ‘bisnes’ tak bertahan lama dan wang pelanggan atau pelabur dilarikan.

Antara modus operandi yang menjadi bualan ramai baru-baru ini adalah sistem yang meminta penggunanya untuk membuat sebarang task dan akan diupah dengan ganjaran yang sebenarnya tidak masuk akal. Yang mula menimbulkan keraguan adalah apabila pengguna perlu membayar pula untuk mendapatkan task yang lebih banyak.

Hal ini mendapat perhatian agamawan dan menjadi perbincangan hangat apabila terdapat pelbagai sudut pandang. Pada awalnya, kelihatan seperti tiada masalah kerana pengguna boleh mengeluarkan wang hasil usaha mereka. Biasanya, inilah taktik yang digunakan agar pengguna akan menguar-uarkan tentang skim mereka dan menarik lebih ramai lagi mangsa. Yang sudah sertai pula pasti berasa lebih seronok untuk upgrade akaun mereka.

Namun, ciri skim ponzi semakin terserlah apabila akaun pengguna mula dibekukan. Pengeluaran wang tidak dapat dilakukan atas pelbagai alasan. Malah, ada ‘syarikat’ yang menawarkan atau memaksa wang pelanggan ditukar kepada bentuk aset yang lain dan berjanji aset tersebut boleh dicairkan dengan syarat pengguna perlu menambah wang deposit.

Sejak akhir-akhir ini, scammer berani menyamar menggunakan nama, video dan gambar Dato Dr Nazri Khan (DDNK) malah ada yang menyunting kad pengenalan DDNK bertujuan untuk tingkatkan kepercayaan mangsa untuk melabur dengan pelaburan gelap mereka. Disamping itu, mereka menawarkan pakej-pakej pelaburan yang tidak masuk akal, modal yang tidak realistik, pulangan tetap dalam masa terdekat dengan tiada risiko kerugian.

Jika anda percaya bulat-bulat kepada mereka, bahkan mudah cair dengan janji mereka tanpa membuat sebarang semakan atau rujukan, ini suatu petanda anda tidak bijak untuk mencari kesahihan tentang pelaburan tersebut. Selain menyamar menjadi tokoh-tokoh ternama, taktik mereka akan meminta anda untuk melabur sedikit dahulu kemudian dalam masa beberapa jam atau hari, mereka akan hantar email atau whatsapp tentang keuntungan anda dan kemudiannya mereka akan meminta anda melabur lebih lagi untuk memberi pulangan lebih lagi. Pada waktu ini, perasaan dan emosi anda akan mula kabur. Sifat tamak anda akan menguasai diri ditambah pula tekanan dari scammer untuk anda menambah lagi wang pelaburan.

Setelah anda membuat transaksi, disitulah game mereka untuk mengenakan anda berjaya! Mereka akan janji menghubungi anda dalam masa beberapa hari untuk maklumkan berapa banyak pulangan yang telah diperolehi tetapi apa yang terjadi mereka tidak akan membalas segala WhatsApp anda ataupun panggilan anda. Mereka akan lesap! Duit anda lebur! Habis semuanya sudah terlambat.

Dalam satu hal yang lain pula, ada dikalangan scammer ini bijak selangkah. Katakanlah mereka meminta memasukkan wang ke dalam account mereka sebanyak RM5,000 kemudian dalam beberapa hari mereka akan hubungi untuk minta no account bank anda untuk memasukkan wang keuntungan dari pelaburan anda. Sudah pasti ini berita gembira buat anda tetapi apa terjadi, memang betul wang tersebut sudah masuk ke dalam account anda mungkin pada permulaan sekitar RM500, dinaikkan ke RM1,000 atau lebih. Harus dingat, wang yang mereka masukkan dalam account anda itu adalah wang anda sendiri!

Kemudian anda akan merasakan pelaburan ini sahih dan betul kan? Mana tidaknya memang real mereka memasukkan wang ke dalam account anda setelah anda semak sendiri. Tetapi harus diingat mereka bijak, mereka sengaja melakukan begitu kerana ingin tingkatkan kepercayaan kepada mereka untuk disuruh tambahkan lagi nilai pelaburan dari anda. Awas anda!

Rakyat Malaysia tolonglah sayang dengan duit hasil penat lelah tu. Sudah-sudahlah percaya kepada money game seperti ini. Langkah ke hadapan dan educate diri sendiri supaya lebih faham tentang konsep pelaburan yang betul. Belajar untuk letakkan wang di tempat yang betul. Amalkan untuk semak dahulu reputasi sebelum percaya sesuatu perkara. Jangan bila anda sudah terkena tipu, mulalah anda menyalahkan DDNK, pihak lain. Kebiasaanya, itu yang akan berlaku sedangkan kesalahan dari dia tetapi dia akan melulu salahkan kami.

Contoh jika ingin melabur, pastikan orang yang deal dengan kita berlesen. Pastikan sistem yang digunakan berlesen. Pastikan wang kita dimasukkan ke syarikat atau broker yang berlesen.

Tipsnya mudah! Sekali lagi kami ingatkan, pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap dalam masa pantas dan cepat malah tiada risiko kerugian adalah 100% menipu. Harus ingat setiap apa sahaja pelaburan yang kita buat mempunyai risiko tersendiri. Jadi tingkatkan kebijaksaan anda, dapatkan ilmu dan jangan lupa buat semakan atau rujukan dahulu.

Seperti biasa mereka boleh menyamar menjadi DDNK dengan gunakan gambar, video tujuan untuk meraih tahap kepercayaan anda untuk anda memindahkan wang kepada mereka. Ditambah pula mula menunjukkan resit transaksi bank, gambar barang kemas, wang tunai bagi meraih perhatian anda dan tingkatkan sifat tamak anda. Hati hati pastikan bijak ke masa hadapan untuk buat semakan, rujukan dahulu. Pastikan anda buat laporan kepada pihak berkuasa.

Tiada jalan mudah untuk menjadi kaya ataupun jutawan selain dari usaha kita sendiri jika anda bijak mengambil peluang untuk belajar menjadi seorang yang berjaya dan bebas kewangan. Walaupun alasan anda untuk tampung dari kesenjangan kewangan, kehidupan tetapi jangan sesekali terjebak terjerat dengan skim skim pelaburan gelap yang akan malap wang anda.

Bantu kami share agar lebih ramai sedar dan berhati-hati di masa akan datang. Anda juga boleh semak senarai scammer yang menggunakan nama, gambar & video dato di www.menangsaham.com/scam

Orang awam dinasihat untuk melaporkan kepada pihak polis atau DDNK atau Vega Hermosa sekiranya terdapat mana-mana pihak ketiga yang menjalankan kegiatan diatas dengan menggunakan atau mengaitkan nama, gambar, video, logo atau jenama DDNK / Dato Dr Nazri Khan dengan kegiatan mereka.

Pihak DDNK dan Vega Hermosa tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kewangan, atau sebagainya sekiranya orang awam bertindak atas permintaan mana-mana pihak ketiga tersebut. Bantu kami dengan “Report” akaun didalam gambar sekiranya anda ternampak poster, video atau seumpamanya di ‘timeline’ anda. Segala kerjasama amatlah kami hargai.

Nombor HOTLINE kami yang sah 014-6698307 / 016-2234907 / 014-6694164. Laman web akaun media social kami yang sah adalah seperti berikut sahaja :

1. Website : www.menangsaham.com ddnk.com.my jumpstartgold.com
2. Facebook :Dato Dr Nazri Khan
3. Instagram :Dato Dr Nazri Khan
4. Tiktok :Dato Dr Nazri Khan
5. Twitter :Dato Dr Nazri Khan
6. YouTube :Dato Dr Nazri Khan
7. Telegram :Dato Dr Nazri Khan

Share the Post:

4 thoughts on “Modus Operandi Terbaru Scam Penipuan?”

  1. Geofrey Joeharzy B.Selvester Kusua

    Di zaman yg serba modern dan canggih ini,kita seringkali tertipu dgn org2 yg x bertanggungjawab dgn pelbagai penipuan yg ada…ini sudah lapuk,dan seringkali berlaku…tapi masih byk yg tak sedar dan terus menjeratkan diri menjadi mangsa keewangan terutamanya….yg sedar tapi sengaja memerangkap diri tu xpelah…tapi yg kasihan adalah mereka2 yg x berdosa dan terus terjebak dan terpengaruh dgn org2 hadapan itu sendiri….”x kaya xpe,janji betol”

    1. Betul tuan, kasihan dengan mereka yang tertipu. Sebab tu perlunya educate masyarakat supaya hanya melabur dengan mereka yang berlesen. Jangan mudah terikut dengan janji manis pulangan yang tidak realistik. Terima kasih tuan atas peringatan. Kita sama-sama didik masyarakat saluran yang betul dalam pelaburan saham. Semoga Allah lindungi rakyat Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku