Mahkamah Sweden Izinkan Badan Kawal Selia Telekomunikasi meneruskan Pengecualian Huawei

PTS selaku badan kawal selia telekomunikasi di Sweden menyatakan bulan lalu pihaknya menggantung aktiviti melelong spektrum 5G kepada syarikat telekomunikasi atas polisi pemerintahan negara tersebut. 

Namun selepas itu, PTS membuat rayuan supaya mahkamah menangguhkan beberapa keputusannya, di mana ia mengikut jejak langkah Britain menyekat penggunaan peralatan Huawei untuk tujuan rangkaian 5G di negara tersebut, dengan alasan risiko keselamatan negara.

Mahkamah Rayuan di Sweden pada hari Rabu mengatakan PTS akan dapat meneruskan aktiviti melelong spektrum 5G kepada syarikat telekomunikasi selain Huawei, sejurus itu menggantikan keputusan mahkamah sebelumnya. Walaubagaimanapun, pembuat peralatan telekomunikasi China, Huawei mempunyai pilihan untuk membuat rayuan atas keputusan tersebut.

Kehadiran 5G ini akan menempati frekuensi pada jalur 3.5 GHz dan 2.3 GHz. Ianya penting untuk 5G kerana jalur tersebut dapat menyokong kemajuan aplikasi tersebut kerana mampu menampung kapasiti penyebaran data yang tinggi.

“Mahkamah pentadbiran akan mempertimbangkan rayuan tersebut sebahagiannya,” kata mahkamah rayuan Stockholm dalam satu kenyataan.

PTS mengatakan bahawa dengan keputusan mahkamah, lelongan boleh dilaksanakan dalam waktu yang terdekat”.

“Teknologi terbaru 5G akan mengukuhkan sambungan antara pengguna, peranti dan aplikasi, yang diharapkan membawa manfaat besar bagi masyarakat, terutama dengan memperkuat daya saing perusahaan dan memperkemas perkhidmatan awam,” kata wakil mahkamah pentadbiran Stockholm dalam satu kenyataan.

“Perkembangan 5G yang tertangguh boleh memberi impak negatif terhadap komuniti perniagaan Sweden dengan kehilangan daya saing berbanding dunia luar.

Wakil Huawei tidak memberikan komen terhadap sebarang pertanyaan buat masa ini.

Sumber: The Edge Markets

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share the Post:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku