Kenali Metaverse, Masa Depan Teknologi!

Hari ini metaverse dah menjadi topik perbualan hangat di Malaysia dan juga seluruh dunia. Ini kerana metaverse membuka potensi baru untuk perkembangan digital, malah mungkin ekonomi di masa akan datang.

Sebelum bercerita tentang metaverse, apa kata kita berkenalan dulu dengan syarikat pelopor teknologi virtual reality ini, tidak lain tidak bukan adalah Facebook atau nama barunya Meta!


Facebook Menjadi Meta

meta: The Meta transformation of Facebook - The Economic Times
Kredit: The Economic Times

Anda mungkin sudah dengar berita Facebook secara rasminya telah menukar nama syarikat mereka daripada Facebook Inc. kepada Meta Inc.

Tapi kenapa mereka tukar nama? Bukankah branding Facebook sudah begitu kuat? Ini kerana pengasasnya, Mark Zuckerberg mahu mengembangkan lagi potensi syarikat, bukan hanya berfokus kepada social media.

“Kini jenama kami sangat terikat kepada satu produk sahaja dan tidak melambangkan apa-apa mengenai usaha yang sedang kami jalankan, apatah lagi di masa akan datang. Seiring masa berjalan, saya berharap kami akan dilihat sebagai syarikat metaverse, dan saya mahu pasakkan kerja dan identiti kami di atas apa yang kami sedang bangunkan ke depan,” kata Zuckerberg.

Facebook changes its corporate branding to Meta | TechCrunch
Kredit: Tech Crunch

“Kita baru sahaja mengumumkan yang syarikat membuat perubahan fundamental. Kami sekarang mengagihkan bisnes kepada 2 segmen: satu untuk keluarga aplikasi (media sosial) dan satu lagi untuk usaha platform masa depan.”

“Metaverse bukan salah satu daripada 2 segmen ini. Tetapi metaverse merangkumi kedua-duanya sekali iaitu gabungan pengalaman sosial dan teknologi masa depan. Seiring dengan pengembangan visi, sudah sampai masanya kami membuat penjenamaan baru.”

Ini bermaksud suatu hari nanti pasti Facebook bukan lagi spotlight utama syarikat. Tambahan pula dalam surat berkenaan Zuckerberg menyatakan di masa akan datang pengguna tidak perlukan akaun Facebook untuk mengakses servis-servis lain.

Sumber BBC


Tentang Metaverse

The Important Difference Between Virtual Reality, Augmented Reality and  Mixed Reality
Kredit: Forbes

Definisi metaverse, bagaimana teknologi ini akan diperkenalkan nanti masih menjadi tanda tanya. Walau bagaimanapun, secara amnya teknologi metaverse difahamkan akan memfokuskan kepada virtual reality – yang merangkumi dunia virtual yang wujud berterusan walaupun kita tinggalkan permainan tersebut – juga augmented reality yang menggabungkan aspek dunia digital dan fizikal. Pun begitu, teknologi ini tidak semestinya tertakluk kepada VR dan AR sahaja.

Selain itu, metaverse juga boleh diertikan dengan ekonomi digital. Di mana pengguna boleh mencipta, membeli dan menjual barangan. Dalam visi metaverse yang idealistik, anda boleh mendapatkan barangan virtual seperti pakaian atau kereta daripada satu platform ke platform yang lain menggunakan teknologi seperti matawang kripto.

holographic AR
Kredit: Allerin

Setakat hari ini, kebanyakan platform mempunyai identiti maya, avatar, dan inventori yang hanya terikat dalam satu platform. Tetapi metaverse berkemungkinan akan membenarkan anda mencipta persona yang anda boleh bawanya ke mana sahaja semudah anda menyalin gambar profil daripada satu social network kepada jaringan yang lain.

Walau rupa sebenar metaverse masih belum jelas, namun kita boleh membayangkan di masa hadapan kita boleh berinteraksi dengan orang lain secara live melalui dunia virtual. Anda boleh menjemput rakan-rakan ke rumah maya untuk adakan majlis, atau anda boleh mengajak keluarga menaiki kereta bersama-sama untuk pergi menonton panggung wayang di dunia virtual. Lagi best, augmented reality pastinya boleh memberikan pengalaman berbeza dalam dunia pendidikan di mana generasi anak-anak kita nanti boleh meneroka pelbagai cabang ilmu dengan gambaran yang lebih jelas.

Sumber: Wired.com


Menarik kan? Apa pendapat anda berkenaan metaverse?
Jangan segan kongsikan di bawah!

Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share the Post:

3 thoughts on “Kenali Metaverse, Masa Depan Teknologi!”

  1. dunia vitural jual beli, sewa, bina rumah , bina banggunan….beli tanah dan jual dan mcm2 lagi. memang menarik..pakat masuk beli lot tanah…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku