Jangan Melabur Hanya Kerana Ikut Selebriti, SEC Beri Amaran

Suruhanjaya Sekuriti Komisen Amerika Syarikat (SEC) memberi peringatan kepada pelabur tentang pembelian saham syarikat “special purpose acquisition” (SPAC) yang disokong oleh selebriti termasuk ahli sukan serta pelakon filem. 

Syarikat special purpose acquisition ataupun dikenali sebagai SPAC adalah “shell  companies” di mana syarikat ini tidak mempunyai sebarang operasi perniagaan serta aset. Syarikat ini akan digunakan untuk meraih dana untuk membeli syarikat swasta dengan tujuan menyenaraikan syarikat tersebut ke dalam pasaran saham. Ini adalah kaedah terbaru yang menggantikan kaedah tradisional iaitu secara tawaran awam awal (IPO) untuk menyenaraikan syarikat ke dalam pasaran saham. 

SEC berkata sokongan daripada selebriti tidak bermaksud bahawa syarikat SPAC tersebut selamat untuk dilabur, ini kerana selebriti adalah seperti orang biasa di mana mereka juga akan membuat kesilapan seperti orang lain. 

Melabur dalam mana-mana pelaburan hanya disebabkan artis atau orang terkenal mengatakan ianya adalah pelaburan yang menguntungkan adalah suatu tindakan yang kurang bijak.

Kenaikan harga syarikat SPAC baru-baru ini telah mendapat perhatian segelintir selebriti seperti penyanyi rap terkenal Jay-Z, ahli sukan tenis Serena Williams dan bekas pemain bola keranjang Shaquille O’Neal. Tindakan selebriti mempromosi pelaburan ke dalam syarikat SPAC berkemungkinan untuk mempromosi syarikat SPAC mereka sendiri atau ingin sertai pengurusan syarikat SPAC.

Sebelum melakukan sebarang aktiviti pelaburan pastikan anda tahu latar belakang sesuatu syarikat dan ini termasuk meneliti sebarang lesen dan pendaftaran syarikat tersebut. Pastikan anda tahu berapa kos pelaburan yang mampu untuk dilaburkan, risiko pelaburan serta tempoh masa pelaburan yang anda selesa. 

Sumber: Reuters, Sohini Podder, Shounak Dasgupta

Share the Post:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku