Ini 7 Tips Untuk Berjaya Dalam Pelaburan Saham

Anda masih baru atau belum memulakan pelaburan saham? Jika ya, maka artikel ini adalah untuk anda!

Pelaburan saham mungkin pada mulanya akan kelihatan sukar kerana terdapat terlalu banyak teknik yang anda dapat lihat trader-trader di luar sana gunakan. Daripada analisis yang mudah sehinggalah yang kompleks. Hal ini akan mengaburi minda anda selaku pelabur baru untuk mencari titik di mana sepatutnya anda mulakan pembelajaran bukan?

Tidak kurang juga pelabur-pelabur baru yang masih menganggap teknik yang ‘complicated’ adalah jalan terbaik untuk melakukan analisis pelaburan saham. Walhal setelah 1 tahun berlalu, mereka masih belum mampu menggandakan dana pelaburan. Maka dalam situasi seperti ini, jalan mudah adalah dengan menyalahkan guru dan juga pasaran saham. Guru ajar salah katanya. Market crash katanya.

Sedar atau tidak, sebenarnya kejayaan dalam pelaburan saham datangnya daripada minda yang sentiasa bersedia. Rata-rata pelabur berjaya mereka buat persediaan sebelum melabur. Mereka bersedia untuk rugi. Mereka bersedia untuk ambil keuntungan sekadarnya. Mereka bersedia untuk jual dengan pantas sekiranya pasaran tidak menyebelahi mereka. Mereka bersedia untuk ‘pegang’ saham walau dalam kerugian kecil selagi mana kerugian tidak melebihi had yang mereka tetapkan.

Fikir semula, apakah tujuan anda melabur? Adakah untuk mengisi hobi masa lapang? Atau anda nak jana pendapatan pasif secara konsisten?

Oleh itu ada beberapa perkara yang anda wajib tanam dalam minda sampai bila-bila. Jom kami kongsikan 7 tips untuk berjaya dalam pelaburan. Anda boleh print, salin dan tampal di dinding, atau selitkan di meja supaya anda takkan lupa tips ni.

1. Trend Adalah Rakan Karib Anda

Saham bergerak dalam trend. Arah menaik, menurun atau mendatar. Sebaiknya fokuskan pada strategi jenis “trend-following” yang sentiasa meletakkan trend sebagai faktor penentu utama. Sentiasa berwaspada dengan perubahan trend.

2. Kuasai Technical Analysis Yang Asas

Pergerakan carta memberikan gambaran apa yang berlaku kepada syarikat tersebut. Percayakan technical analysis berbanding khabar angin yang anda dengar. Biasanya carta bergerak dahulu baru keluar berita. Kuasai bacaan carta supaya anda faham bila waktunya permintaan tinggi.

3. Mahirkan Pola Pergerakan Carta

Sejarah akan berulang. Perhatikan apakah corak dan pola yang sering membuahkan hasil yang lumayan pada carta sesuatu saham. Setiap saham mempunyai ‘perangai’nya yang tersendiri.

4. Fikir Risiko Dulu

Sekiranya anda cekap mengawal dan menguruskan risiko pelaburan saham, maka barulah anda dapat melihat ganjaran yang lumayan. Ingat, rewards come later.

5. Sentiasa Cool Dan Sabar

Penantian bukanlah suatu penyeksaan. Sabar juga adalah sebahagian besar daripada strategi pelaburan. Ingat, sabar menunggu untuk membeli saham adalah lebih baik berbanding sabar menunggu posisi pulih daripada kerugian.

6. Pilot Test

Jangan sesekali melabur wang sebenar selagi belum menemui sistem yang benar-benar mampu membuahkan pulangan. Anda seharusnya mencuba strategi tersebut berulang kali sebanyak mungkin, secara real-time (bukan sekadar backtest), menggunakan akaun olok-olok (demo account).

7. Konsisten Belajar

Jangan sesekali mengharapkan “signal” atau saranan daripada orang lain. Belajarlah untuk memahami psikologi dan ilmu technical analysis agar anda faham mengapa perlu beli dan mengapa tidak perlu beli pada waktu tersebut.

Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share the Post:
Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku