Indicator Vs. Oscillator

Indicator dan oscillator adalah ibarat lampu isyarat di persimpangan jalan. Ianya memberi anda signal bila perlu jalan dan bila perlu berhenti. Kedua-dua alat ini perlu digunakan dengan objektif yang betul. Bayangkan jalan yang terlalu banyak lampu isyarat, pasti menyusahkan juga bukan?

Nampak macam sama, tapi sebenarnya berbeza. Tugas kedua-duanya adalah memberi isyarat kepada anda apakah kondisi semasa pergerakan saham.

Indicator

Indicator adalah petunjuk yang dibina dengan kaedah matematik, yang kemudiannya dilukis di atas carta harga, dan membantu trader mengenalpasti signal yang tertentu dalam pasaran.

Contoh penggunaan 20-moving average pada saham Apple sepanjang tahun 2020

Signal tersebut biasanya adalah trend, momentum, volume, volatility dan liquidity. Contoh indicator yang terkenal adalah moving average. Apabila harga berlegar-legar di atas moving average boleh menandakan trend menuju ke atas.

Oscillator

Oscillator pula sama seperti indicator dari segi kaedah pembinaannya, fungsi dan kegunaan. Namun perbezaannya ialah oscillator mempunyai julat atau garisan tengah (zero-line).

Contohnya Relative Strength Index, RSI mempunyai julat 0…100. Maka garisan RSI akan bergerak antara nilai 0 dan 100. Begitu juga dengan Commodity Channel Index, CCI yang mempunyai julat -100…100. Dengan adanya julat ini, memudahkan trader untuk mencari kawasan convergence & divergence.

Contoh penggunaan RSI bearish divergence pada saham Nvidia pada penghujung November 2021

Tambahan pula, dengan menggunakan julat dan zero-line, trader lebih mudah untuk memisahkan kawasan overbought & oversold. Perkara ini agak sukar dilihat melalui indicator kerana biasanya indicator bergerak seiring dengan carta harga.

Senang kan nak bezakan indicator dan oscillator?

Anda lagi mudah guna indicator atau oscillator? Cuba kongsikan di ruangan komen.

Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share the Post:
Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku